05 January 2020

ABANG DIJEMPUT ILAHI, SELAMAT DIKEBUMIKAN - NAQIU MOHON DOA


Abang kepada juara Gegar Vaganza musim keenam (GV6), Naqiu Boboy iaitu Huzaini Hussein dilaporkan telah meninggal dunia pada Jumaat lalu, kira-kira 8.30 malam. Difahamkan, Allahyarham Huzaini menghembuskan nafas terakhir di Hospital Sungai Buloh akibat jangkitan kuman pada paru-paru.





Naqiu berkata, arwah abangnya yang berusia lewat 40-an itu terlantar sakit di hospital berkenaan sejak dua bulan lalu dan mereka kali terakhir bertemu pada Syawal dua tahun lalu: "Dia selalu merantau atas urusan kerja, jadi kami jarang dapat berjumpa. Kali terakhir saya bertemu pun pada hari raya dua tahun lepas.

"Malah, hari ini pun saya tak dapat bersama arwah untuk kali terakhir dan menguruskan pengebumiannya kerana berada di Kulim, Kedah. Insya-Allah saya akan pulang esok (hari ini) dan bergegas ke Tanah Perkuburan Ukay Perdana untuk ziarah pusara arwah abang," katanya.

Sementera itu, penyanyi lagu 'Episod Cinta' itu juga turut mendedahkan arwah merupakan insan terawal yang mengesan bakatnya dalam nyanyian: "Abang saya dulu bekerja dengan Erra Fazira sebagai penari. Jadi, dia indiviu pertama yang bawa saya masuk dalam bidang ini. Dia menghantar demo suara saya kepada Erra kerana nampak potensi saya. Saya mohon doa semua agar arwah ditempatkan dalam kalangan orang beriman," pinta Naqiu.

Klik untuk gambar besar


Terdahulu, primadona Erra Fazira yang juga kenalan lama Allahyarham turut memberikan dedikasi terakhir buat arwah. Bintang berkenaan turut memuatnaik beberapa keping foto berkaitan di Instagram, awal semalam.

Pelakon da penyanyi itu menyifatkan arwah sebagai rakan yang baik, tidak suka berkata perihal orang lain dan rajin bekerja. Jelasnya lagi, segala memori indah bersama arwah akan terus tersemat di dalam hati.

"Hari ini saya meraikan teman yg memulakan kehidupan baru dalam berumahtangga.... Kemudian saya Menghantar teman saya juga bekas penari dan pengelola keluarga @bersamaerra - Zaini, ke destinasi terakhir didunia yang fana ini...



"Zaini, kini sudah tiada... Zaini, awak tahu tak, ramai orang sayang awak.. awak kawan yang baik.. awak tak suka mengata pasal orang lain dan awak kuat bekerja.. keceriaan awak membuatkn ramai merindui awak..

"Moga awak tenang disana.. segala kenangan waktu kita selalu bersama, sentiasa saya semat dalam hati. Skrg, siapa nak Q saya lirik kat atas pentas kalau lirik saya ke lauttt?? Awak dah tak adaa.... Semoga Allah ampunkan segala salah dosa didunia dan tempatkan awak dalam golongan org yg baik dan soleh... Tenanglah awak dsana.. Al Fatihah buat mu sahabat..," tulis Erra.

Takziah kami ucapkan buat Naqiu sekeluarga dan semoga arwah ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman. Al-Fatihah.




www.myartis.com / Sumber & foto: Media Hiburan, Harian Metro, Naqiu Boboy & Erra Fazira


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: