17 January 2020

BERINAI MALAM INI, NIKAH ESOK - ELLY MAZLEIN BAKAL DEDAH TUNANG


Hari ini (17 Januari 2020) merupakan tarikh dimana pelakon, penyanyi dan pengacara Elly Mazlein bakal memperkenalkan tunangnya, Mohamad Azlan dalam satu majlis berinai yang akan diadakan malam ini.





Elly yang bakal melangkah ke alam perkahwinan Sabtu ini (18 Januari 2020), teruja dan berdebar menantikan tarikh itu. : "Perasaan saya bercampur baur, tapi lebih kepada teruja. Alhamdulillah, persiapan untuk majlis malam berinai esok (hari ini) dan akad nikah Sabtu ini sudah hampir siap sepenuhnya," tuturnya.

Ditanya mengenai perasaan bakal suami yang akan diperkenalkan buat pertama kali kepada media, Elly berkata, dia mengakui ada rasa segan: "Dia sedikit ada rasa segan. Apa pun, kami berdua berdoa dan mengharapkan supaya dua majlis yang akan berlangsung selama dua hari itu akan berjalan lancar," katanya.

Majlis malam berinai akan berlangsung di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (PWTC) bertemakan Cik Siti Wan Kembang, malam hari ini. Majlis malam berinai, akad nikah dan resepsi akan diadakan secara tertutup dengan kehadiran 750 tetamu jemputan yang terdiri daripada keluarga, kenalan, rakan artis serta media.

Klik untuk gambar besar


Majlis dua hari itu juga bakal menyaksikan persembahan beberapa artis popular tanah air. Sebelum ini, majlis merisik berlangsung pada 19 Oktober lalu dan diadakan secara tertutup. Elly dan Azlan seterusnya diikat dalam satu majlis pertunangan yang berlangsung 17 Disember lalu.

Penyanyi lagu 'Bungaku Bakawali' itu mengenali Azlan sejak Ogos tahun lalu dan sehingga kini, belum berkongsi foto wajah kekasihnya itu secara terbuka. Sebelum ini, Elly pernah berkahwin dengan pengarah Azmi Hatta dan dikurniakan cahaya mata, Putri Sara Sefhia Azmi.

"Sedang.. Decoration dari @achare.lapanbelas utk majlis malam berinai esok , 17 January 2020. InsyaAllah Esok kakak lina akn lanja gambar bakal suami #PapaAwanNano & juge Sefhia. Jgn lupa Saksikan secara live sepanjang majlis Mlm berinai esok di Channel YouTube #DuniaEllyMazlein. Doakn moga Semua berjalan dgn lancar ya. Ada apa2 pesanan utk kepom?



"Izinkan Aku Merasa Secebis kebahagiaan. Videographer & photographer dari @faridismproduction. Highly recommended.. Gambar & Video Cantik. Kakak lina love sgt.. InsyAllah kakak lina akn jd kan @faridismproduction sebagai photographer & Videographer rasmi kakak lina .. tq @faridismproduction kakak Lina absolutely correction confidently recommends to all kampung people, camtoooo haaaaa.

"Yes I'm so happiness with the results University. InsyaAllah Esok kakak lina akn lanja gambar bakal suami #PapaAwanNano & juge Sefhia. Jgn lupa Saksikan secara live sepanjang majlis Mlm berinai esok di Channel YouTube #DuniaEllyMazlein. Doakn moga Semua berjalan dgn lancar ya.

"Jgn lupa Saksikan majlis malam berinai secara live di YouTube Channel #DuniaEllyMazlein. Jommmm Subscribe Dan tekan notification ya agitchuuuuuu. Doakn kami ya wahai Kampung People. Wahai Anak mama Putri Sara Sefhia.. Mama sayang kamu sgt. Pimpin tangan mama Dan kite teruskan perjalanan yg baru ini.. moga bahagia Dunia & Akhirat milik kita ya sayang. Amin," tulisnya.




















www.myartis.com / Sumber & foto: Media Hiburan, Harian Metro & Instagram Elly Mazlein


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: