24 January 2020

BERSELUAR KETAT TAYANG PUNGGUNG - SAJAT DIMINTA BERTAUBAT


Hubungan usahawan kosmetik, Datuk Seri Aliff Syukri dan Nur Sajat, semua mengetahui keakraban diantara mereka. Hubungan mereka bukan sahaja sebagai rakan perniagaan malah turut tinggal di satu kawasan perumahan yang sama.





Bagaimanapun, baru-baru ini Aliff seolah kurang senang dengan penampilan Sajat yang dilihat sengaja memakai seluar ketat hingga memperlihatkan bentuk punggung. Menerusi satu video dikongsikan di Instagram, turut kedengaran Aliff memarahi Sajat.

"Eh kau jangan jalan nak gedik-gedik ya, kereta langgar kau nanti. Cuba jalan betul-betul boleh tak? Asyik nak mengacau mata orang saja. Tengok orang bangla (Bangladesh) tu dah ghairah dah," kata penyanyi lagu 'Abang Nak Tegur' itu.

Klik untuk gambar besar


Menerusi perkongsian itu juga, Sajat mengatakan kecantikan dimilikinya adalah asli sejak lahir lagi dan ramai yang pasti tidak boleh melarikan mata daripada melihat kecantikannya: "Percaya tak, ini adalah kecantikan asli saya sejak lahir lagi. All original. Ramai yang suka menjeling saya..mata mata seolah berlari lari melihat kecantikkan ku!!! Betul tak????," tulis Sajat.

Seperti sudah dijangka, ramai netizen mengecam usahawan tersebut. Tidak kurang juga ada segelintir netizen memintanya untuk bertaubat sebelum terlambat. Malah ada netizen mengatakan seluar tersebut terlalu mencolok mata dan adalah lebih baik jika tidak pakai seluar langsung.






www.myartis.com / Sumber & foto: Projek MM & Instagram Nur Sajat


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: