24 January 2020

ERMA TERLEPAS PENERBANGAN MAKKAH KERANA SOLAT: "NAK MENANGIS..."


Pelakon Erma Fatima telah berkongsi kisah dirinya dan dua anak perempuannya terlepas penerbangan ke Tanah Suci Makkah pada Rabu gara-gara mengejar waktu untuk menunaikan solat. Erma, 52, berkata, pada awalnya staf kaunter yang bertugas memaklumkan dia masih mempunyai masa untuk bersolat, namun selepas selesai bersolat pintu masuk sudah ditutup dan mereka tidak dibenarkan menaiki pesawat.





"Kali ini pergi umrah aku siap packing awal sebab bawa dua anak aku ni, sampai lapangan terbang daftar masuk selesai pukul 2.30 petang. Kami masuk lounge dan tanya sempat lagi tak nak solat? Orang kaunter tu jawab sempat 10 minit, kami pun solat!

"Habis solat terus ke gate, tak ada singgah mana pun, kami sampai pukul 3.10 petang, gate dah tutup mereka kata dia orang tengah nak keluarkan beg aku, penerbangan (sepatutnya) pukul 3.25 petang," kata pelakon drama 'Mak Cun' ini yang berkongsi kejadian menyedihkan itu menerusi Instagram miliknya pada Khamis.

Klik untuk gambar besar


Bersama kapsyen tersebut Erma turut memuat naik rakaman video dia bersama dua anaknya, Citra, 18 dan Nurain, 13, ketika mendaftar masuk di kaunter penerbangan. Meskipun bersedih dengan apa yang berlaku, Erma menganggap ia sebagai pengajaran supaya tidak melengah-lengahkan waktu untuk solat.

Malah, dia reda dengan apa yang berlaku dan akan menguruskan masa dengan lebih baik: "Nak menangis rasanya, mata anak-anak aku dah merah, yang pertama masuk dalam kepala aku adalah selama ini aku banyak melengahkan waktu solat.

"Tapi hari ini aku kejar waktu nak solat tapi Allah terlepaskan penerbangan aku. Aku reda... cuma nak tanya kenapa orang kat kaunter lounge penerbangan kata sempat kononnya? Insya-Allah... pengajaran untuk kami, uruskan masa anda dengan baik," ujarnya.






www.myartis.com / Sumber & foto: mStar & Instagram Erma Fatima


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: