24 January 2020

"KALAU KAHWIN CERAI, SAYA TAK KAHWINLAH.... SAYA LALAI" - SHARNAAZ


"Orang tanya, kenapa belum lepaskan dia, adakah kerana masih sayang atau nak seksa dia? Ini bukan soal seksa, sayang atau tak usaha untuk perbaiki, itu semua sudah tidak penting. Ini soal yang satu, kenapa kahwin? Kalau kahwin untuk bercerai, saya tak kahwinlah.





"Buat apa saya kahwin? Kalau semata-mata nak dapatkan satu kurniaan Allah depan mata untuk seksa dia? Bukan macam tu. Yang boleh saya cakap, bila kahwin saya bukan nak bercerai. Tetapi kalau betul nak bercerai, bukan keluar daripada mulut saya.

"Sebagai lelaki, apabila kita diijabkabul ia bukan rasa seronok. Sebaliknya, lebih kepada perasaan terharu sebab kita akan jaga anak orang dan mempunyai tanggungjawab. Selepas akad nikah, kita akan dengar lafaz taklik yang dibaca. Saya dengar dan ingat setiap ayat itu.

"Ketika ia dibaca itulah saya sedih. Adakah kita mampu untuk jalankan? Itulah yang buatkan saya terfikir dan kini ia sudah sampai ke situ. Apa yang saya lakukan ini demi anak atau lebih tepat sebagai bapa kepada Jebat.

Klik untuk gambar besar


"Saya mahu hak saya. Jadi, saya biarkan hal ini kepada Mahkamah Syariah untuk melakukan tugas mereka," demikian kata pelakon Sharnaaz Ahmad yang tampil membuka mulut mengenai dakwaan yang mengatakan dirinya sengaja melengah-lengahkan proses perceraian dengan isteri, Noor Nabila Mohd Noor.

Tegas Sharnaaz, niat utama dirinya berkahwin bukan untuk bercerai. Tambah Sharnaaz yang memegang watak antagonis, Reza akui lebih matang menghadapi kemelut rumah tangga: "Dulu kita ni memanglah panas baran, tapi itu transisi saya pada zaman yang tak matanglah.

"Bila sudah berkahwin, kita kahwin dengan tanggungjawab. Kita ada isteri dan anak, jadi kita perlu lebih matang. Tapi kalau kita banyak berlembut pun tidak boleh. Orang kata kita tak boleh hilang gerun kita. Suami ni kena ada gerun dia sikit. Hal itu yang saya jaga. Saya jadi lebih kuat dengan ada Allah dan Jebat di sisi," jelasnya.

Dalam masa sama, Sharnaaz ketika mengulas kemelut rumah tangganya hingga ada netizen menuduhnya dayus, sengaja melengah-lengahkan proses perceraian dan enggan melepaskan kakak kepada Neelofa itu. Sharnaaz, 34, mengaku sukar bagi dirinya mengulas perkara itu, apatah lagi keutamaannya adalah kepada anak lelaki mereka, Jebat Jayden Ahmad.



"Nampak mudah tapi sebenarnya rumit. Nampak macam tidak patut saya lengah-lengahkan semua ini. Hakikatnya, tampak mudah, tapi rumit. Apa yang saya lakukan ini demi anak atau lebih tepat sebagai bapa kepada Jebat. Soal Nabila sudah tidak mahu saya lagi, itu hak dirinya. Saya faham dan tidak boleh buat apa-apa jika orang sudah tawar hati," katanya.

Sharnaaz berkata, sejak krisis melanda dirinya dan Nabila, dia tidak cuba menegakkan benang basah: "Saya tidak salahkan sesiapa atas apa yang berlaku mahupun menuding jari. Saya tak cakap diri ini betul dan dia salah... Saya yang lalai.

"Saya percaya pada akhirnya, orang di luar akan tahu apa sebenarnya terjadi. Saya tak boleh hentikan andaian atau apa saja orang luar fikirkan. Mungkin ada yang betul dan sebaliknya... Terpulang. Apa yang saya mahu akan diumumkan kelak," ujarnya.

Tambah Sharnaaz, kemelut rumah tangga yang dihadapi terus mematangkan dirinya: "Saya jadi lebih kuat tanpa perlukan sesiapa kecuali Allah. Saya dapat lihat transisi diri daripada anak muda menjadi lelaki dewasa Apa terjadi saya harus berterima kasih kepada Nabila," tuturnya.



Pada 6 November 2019, mahkamah memerintah melantik wakil dalam proses timbang tara (hakam) berhubung kes perceraian pasangan tersebut selepas kedua-dua pihak gagal mencapai penyelesaian dalam Jawatankuasa Pendamai (JKP) yang dilantik.

Menerusi proses terbabit, mahkamah mempunyai kuasa melantik dari kalangan saudara-mara terdekat kedua-dua pihak, iaitu dua penimbang tara yang mempunyai makluman berkaitan isu rumah tangga pemohon dan defendan. Pihak Sharnaaz melantik salah seorang rakan baiknya, manakala Nabila memilih bapa tirinya menjadi hakam.

Namun begitu, keputusan laporan hakam yang berlangsung di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur sebentar tadi gagal menemui kesepakatan untuk mencapai persetujuan. Mengikut Seksyen 48 Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah-wilayah Persekutuan) 1984, sekiranya kedua-dua hakam tidak bersepakat, maka hakam tersebut digugurkan oleh mahkamah.

Hakim juga telah menetapkan 27 Februari 2020 untuk melantik hakam yang baru yang mempunyai kuasa untuk melafazkan cerai bagi pihak suami. Sharnaaz dan Nabila bernikah pada 31 Mac 2017 di Hotel Royale Chulan, Damansara, Selangor. Hasil perkahwinan itu, pasangan itu dikurniakan seorang cahaya mata lelaki bernama Jebat Jayden.




www.myartis.com / Sumber & foto: Berita Harian, Astro Gempak, Instagram Sharnaaz Ahmad & Noor Nabila


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: