24 January 2020

JANNA DEDAH DIGANGGU SUAMI ORANG: "PADAM LA BINI TAHU MATI SAYA..."


Pelakon Janna Nick menerusi laman Instagram miliknya telah mendedahkan dirinya menerima kiriman mesej daripada seorang lelaki yang berstatus suami orang. Menerusi mesej yang dihantar, individu terbabit meluahkan perasaan untuk menjadikan Janna sebagai isteri kepadanya.





"Dah lama saya impikan nak genggam jari jemari awak yang gempal tu, lalu saya akan bawa awak menuju ke cahaya kebahagiaan insya-Allah. Tapi kan kalau awak nak kahwin dengan saya ada syaratnya. Salah satunya awak tak boleh bercakap dengan mana-mana lelaki selain saya, dini sekalipun! Syarat yang lain tu saya akan bagitau lepas kita kahwin. Faham?" tulisnya.

Bagaimanapun, selepas perkongsian ini dibuat di Instagram Stories, lelaki tersebut merayu supaya 'screenshot' ini dipadam: "Adoi awak ni. Taknak la kawan awak dah. Padam la bini saya tahu mati saya nanti. Tolong la padam Janna. Saya merayu kat awak," tuturnya.

Klik untuk gambar besar


Dalam pada itu, pelakon yang popular dengan drama 'Syurga Nur' menyatakan tindakannya berkongsi adalah sebagai peringatan untuk golongan yang dah berkahwin: "Saya bukan nak mengaibkan lelaki itu. Sebagai peringatan untuk yang dah berumah tangga, jagalah hati seorang isteri.

"Penat dia lahirkan anak, jaga makan minum tapi yang suami menggatal dengan perempuan lain. Tolong hargai isteri masing-masing," kata Janna yang kini sedang hangat menjalinkan hubungan percintaan bersama pelakon baru berdarah kacukan Dini Azan Schatzmann, menerusi rakaman video.






www.myartis.com / Sumber & foto: Astro Gempak, Instagram Janna Nick & Dini Azan Schatzmann


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: