18 January 2020

BILA ISMAIL IZZANI GEMENTAR AMBIL HADIAH DARI LISA BLACKPINK


Amboiii... memang beruntung sungguh si Ismail Izzani apabila dapat bertemu dengan kumpulan K-Pop terkenal, BLACKPINK. Pengalaman manis itu dikongsi Ismail menerusi video pendek yang dimuatnaik di akaun Instagramnya.





Video tersebut merakamkan Ismail yang kelihatan agak gementar bertentang mata dengan salah satu ahli BLACKPINK iaitu Lisa sewaktu menerima hadiah daripada figura popular itu. Lebih manis lagi apabila hadiah itu merupakan hasil kemenangan Ismail bersama kumpulannya yang mewakili Malaysia dalam pertandingan menari dan BLACKPINK merupakan jurinya.

"Beberapa hari lalu saya merasai pengalaman yang menakjubkan bersama pasukan squad. Ini merupakan penghormatan untuk berada dalam pasukan tarian, mewakili Malaysia dan menari di hadapan juri yang cantik. Terima kasih @blackpinkofficial kerana menjadi juri dan juga terima kasih kepada @lalalalisa_m kerana momen bertentangan mata bersama saya," tulisnya.

Klik untuk gambar besar


Antara komen yang diterima Mail:"Bertuahnya kena senyum dengan Lisa," tulis @cikzatiee - "Untung la dapat jumpa Lisa depan-depan," komen @puterinursabrina

Terdahulu, Ismail atau nama penuhnya Ismail Izzani Zainal Nazeri, 20, sememangnya terkenal sebagai seorang penyanyi yang mempunyai kebolehan untuk menari.










www.myartis.com / Sumber & foto: Astro Gempak & Instagram Ismail Izzani


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: