18 January 2020

FATHIA AKUI LEBIH TERTARIK DENGAN LELAKI CINA


"Saya lebih terbuka hati untuk bercinta dengan orang yang dalam seni, tapi perasaan itu masih tidak pasti lagi dan berbelah bagi. Pada masa sama, saya rasa saya lebih tertarik dengan lelaki berbangsa cina.





"Bagi saya, mereka berbeza, ada rupa, baik, respect orang lain," demikianlah kata pelakon dan penyanyi Fathia Latiff yang mendedahkan dia lebih terbuka hati untuk bercinta dengan jejaka yang sama aliran dalam industri hiburan dan lebih tertarik dengan lelaki berbangsa cina.

Selain lebih memahami dalam soal kerja dan punya minat sama, bintang ini juga turut memberitahu, dirinya juga tidak sekar hati soal jodoh. Bagaimanapun, Fathia atau nama penunnya Nur Fathia Abdul Latiff itu tidak tanam perasaan terhadap jejaka berbangsa Inggeris.

Klik untuk gambar besar


"Saya tak terbuka hati untuk menerima lelaki mat salleh, seperti artis-artis lain. Cukuplah sekadar dalam negara kita sahaja," selorohnya pula.

Sementara itu, Fathia yang cukup sinonim menerusi drama rantaian 'Ariana Rose' itu juga masih belum bersedia untuk berumah tangga, meski usianya kini mencecah 33 tahun.

"Buat masa ini, saya tak nak bercinta dengan siapa-siapa dan saya tak terlintas untuk mendirikan rumah tangga setakat ini. Sekarang saya hanya mahu fokus dengan apa yang saya lakukan dalam bidang nyanyian terlebih dahulu," katanya lagi.



Ditanya sejauh mana komitmennya dalam kerjaya nyanyian, Fathia menambah fokus dan keselesaannya kini cenderung terhadap nyanyian. Berkongsi mengenai kerjayanya itu, Fathia baru sahaja melancarkan album kedua berjudul "Jika Aku Tahu' hasil ciptaan Fathia sendiri dan rakannya, Sharifah Faezah Al-Attas.

"Sebelum berlakon, saya memang sudah meminati bidang muzik, akan tetapi mungkin ketika itu rezeki saya ke arah bidang lakonan. Tahun ini, saya mahu fokus pada kerjaya nyanyian dan jika ada tawaran berlakon dan watak yang diberikan sesuai, apa salahnya," jelas Fathia.

Lagu bergenre sentimental pop ini dicipta pada pertengahan tahun lalu dan didedikasikan untuk arwah datuknya yang telah meninggal dunia kira-kira tiga tahun lalu. Video muzik lirik single berkenaan juga sudah pun dimuatnaik di laman Youtube sejak dua minggu lalu.






www.myartis.com / Sumber & foto: Media Hiburan & Instagram Fathia Latiff


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: