18 January 2020

"TAK PERNAH BOSAN..." - ELFIRA SUNTING FOTO RAYYAN LAHIR HINGGA KINI


Pelakon Elfira Loy yang bergelar ibu pada usia 25 tahun itu dilihat semakin matang dalam menguruskan hal rumah tangga termasuk gaya hidup membesarkan permata sulungnya, Muhamad Rayyan Khalaf.





Kehadiran Rayyan pada 1 Oktober tahun lalu itu menjadi penyeri dalam kehidupan Elfira dan suaminya, Muhamad Faris Khairol Anuar selepas mendirikan rumah tangga pada 1 Januari 2019.

"Sepanjang pantang tak pernah rasa bosan sebab hari-hari nak bangun nak pakaikan baju baru untuk dia & nak tangkap gambar.. Biasalah anak pertama kan, I think Rayyan has 44 ++++ newborn outfit.

Klik untuk gambar besar


"Walaupun he is 3.68kg dia still boleh pakai newborn size bukan yang up to one month tu. Lama jugak dia pakai sampai habis pantang. for me lamalah hahahahah. Anyways its really up to you, xo," tulisnya.

Melihat pada foto yang disunting Elfira, memaparkan perkembangan Rayyan pada awal kelahiran hingga memasuki usia tiga bulan. Untuk makluman, Elfira dan Faris diijabkabulkan dalam sebuah majlis tertutup dan menimang cahaya mata lelaki yang selamat dilahirkan di Andorra Women & Children Hospital di Seri Kembangan.










www.myartis.com / Sumber & foto: Media Hiburan, Instagram Elfira Loy & Muhamad Rayyan Khalaf


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: