20 January 2020

"BUKANLAH UNTUK RIAK, TETAPI LEBIH KEPADA KENANGAN..." - ALIFF SYUKRI


Usahawan kosmetik dan juga penyanyi, Datuk Seri Aliff Syukri dan isterinya, Datin Seri Nur Shahida baru-baru ini telah mengadakan majlis kesyukuran dan aqiqah buat anak bongsu mereka, Raudhah Arshiyah yang selamat dilahirkan pada 19 Disember yang lalu.





Dalam majlis serba mewah dan meriah yang diadakan di kediaman mereka, pasangan ini telah menjemput hampir 1000 orang jemputan yang terdiri daripada ahli keluarga, kenalan,selebriti serta pengikut yang bertuah.

Bagaimanapun, Aliff dan Shahida berasa terharu kerana ramai pihak ingin menaja majlis anak mereka. Namun, mereka mengambil pendekatan untuk mengeluarkan belanja sendiri demi kenangan anak bongsu mereka pada akan datang.

Klik untuk gambar besar


Ketika ditanya mengenai kos perbelanjaan majlis buat Raudhah, Aliff enggan memberitahu jumlah yang sebenar namun menerusi laman YouTube nya, usahawan ini mendedahkan telah membelanjakan sebanyak hampir RM400,000.

"Sebenarnya kami buat ini hanya yang termampu. Kami tak nak nanti orang akan mempertikaikan kenapa bezakan Yusof dan Raudhah. Secara jujurnya, kami buat majlis ini pun gunakan duit pendapatan menerusi sosial media seperti YouTube dan blog.

"Bukanlah untuk riak, tetapi lebih kepada kenangan. Setiap anak punyai kenangannya sendiri. Nanti bila mereka dah besar dan buka YouTube, "oh begini rupanya majlis", kata Aliff Syukri yang turut mendedahkan telah berhabis hampir RM300,000 untuk majlis akikah anak keempatnya, Yusof Al-Qardawi, sekitar Julai 2018.
























www.myartis.com / Sumber & foto: Rotikaya, Instagram Datuk Seri Aliff Syukri & Datin Seri Nur Shahida


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: