20 January 2020

TEMUI JODOH TAHU JAGA HATI - ELLY MAZLEIN SEBAK BERSUAMIKAN CIKGU



"Saya sebak tak sangka akhirnya saya berkahwin dan bertemu dengan insan yang tahu menjaga hati. Dia ibaratnya memberi kepercayaan buat saya untuk bercinta semula. Dia telah korbankan macam-macam dan saya rasa dialah yang membuatkan diri ini terbuka hati.

"Sebelum ini memang tak mahu bercinta lagi dan bila kenal dengan cikgu, dia berikan keyakinan untuk bercinta semula. Susah pada awalnya kerana saya memang tak boleh. Dia tak pernah berputus asa dan Alhamdulillah, terbuka hati untuk terimanya,” ujar Elly Mazlein mengenai suaminya yang telah berjanji akan selalu setia.

Selain itu, Elly memberitahu bahawa suaminya itu juga cukup rapat dengan anaknya, Putri Sara Sephia dan bapanya. Lebih menggembirakannya, suaminya itu juga seorang yang jujur dan menjaga hati keluarganya dengan baik.



         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: