21 January 2020

SELAMAT BERNIKAH LAGI - SASHA SAIDIN IKUT SUAMI KE UAE


Akhirnya penyanyi dan pelakon Sasha Saidin, 43, menamatkan zaman ibu tunggal selepas lapan tahun memegang gelaran itu. Sasha selamat diijabkabulkan dengan jejaka pilihan hati, Sirhan Wahab, 42, di The Sanctuary, Kuala Lumpur, pada jam 9.28 malam semalam. Pasangan itu dinikahkan oleh adik Sasha, pelakon Zain Saidin di hadapan ahli keluarga.





Pada majlis itu, pengantin perempuan menerima mas kahwin RM1,000 dan hantaran bernilai RM10,000. Sasha bersyukur majlis pernikahan dirancang, dipermudahkan: "Sekarang, saya kembali memikul tanggungjawab sebagai isteri. Doakan kebahagiaan kami," katanya.

Sasha berkata, dia akan berhijrah ke Emiriah Arab Bersatu (UAE) mengikuti suaminya yang bekerja dalam sektor kewangan di negara itu: 'Ia ibarat pengembaraan baharu yang bakal kami lalui. Namun, pada masa sama, saya rasa gementar," ujarnya.

Tambah Sasha, dia mengenali Sirhan sejak di bangku sekolah: "Jika diikutkan, ketika menuntut di sekolah menengah, kami lebih banyak memendam rasa. Hanya pada tahun lalu, hubungan kami jadi lebih akrab," jelasnya.

Klik untuk gambar besar


Sasha berkata, majlis pernikahan dirancang sederhana dan mengutamakan perkara wajib: "Semalam diadakan majlis khatam al-Quran di lokasi sama. Kami pernah melalui fasa perkahwinan sebelum ini. Ketika kami mula rapat, suami adalah duda anak dua," tuturnya.

Sasha yang juga anggota kumpulan Elite, pernah berkahwin dengan Johan Abdullah Skinner pada 2003. Namun, mereka bercerai empat tahun kemudian. Pada 2007, Sasha menikahi warga Indonesia, Salyo Priyanto tetapi bercerai pada 2012. Hasil perkahwinan dengan Salyo, mereka dikurniakan anak lelaki, Adam Aryasenna Notosoemarsono, 10.

Majlis pernikahan Sasha dan Sirhan dihadiri Rozita Che Wan dan Maria Tunku Sabri. Turut serta bekas anggota kumpulan Elite, Azza, Watie dan Linda Rafar.










www.myartis.com / Sumber: Berita Harian & Harian Metro


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: