21 January 2020

MUATNAIK VIDEO BERSAMA - NETIZEN DOAKAN KEBAHAGIAAN ALIFF & BELLA


Baru-baru ini, penyanyi dan pelakon Aliff Aziz menerusi laman Instagram miliknya telah memuatnaik video yang memperlihatkan dirinya sedang meluangkan masa bersama bekas isterinya, Bella Astillah dan anak mereka, Mohamad Ayden Adrean dan ia menarik perhatian netizen. Menerusi video yang berlatarkan lagu 'It's You' nyanyian Ali Gatie itu, Aliff dilihat seronok bermain bola dengan anak lelakinya yang berusia tiga tahun.





"It's you. It's always you. If I'm ever gonna fall in love, I know it's gonna be you. It's you. It's always you. Met alot of people but nobody feels like you," tulis penyanyi lagu 'Sayang-Sayang'.

Rata-rata netizen ingin mengetahui sama ada video tersebut dirakam ketika mereka masih sebagai pasangan suami isteri atau sebaliknya. Bagaimanapun Bella atau nama sebenarnya Dayang Ara Nabellah Awang Astillah, 26, memberitahu video tersebut masih baru dirakam: "Untuk maklumat ini bukan video lama, baharu juga," tulis Bella di ruang komen.

Bella turut meninggalkan komen tujuh emoji berbentuk love di video tersebut dan mendapat lebih 1,800 tanda suka serta 85 komen balas. Namun hasil semakan mStar, video berkenaan dipercayai dirakam pada November tahun lalu kerana Bella pernah memuat naik rakaman di lokasi sama dengan memakai baju yang serupa.

Biarpun ada saja komen negatif namun terdapat segelintir netizen yang mendoakan agar pasangan ini kembali bersama dan berharap Aliff berubah ke arah yang lebih baik: "Doa yang baik-baik saja dekat Aliff dengan Bella. Yang pandai bercakap itu ini tu siapa? Adakah anda bidadari yang tidak pernah membuat dosa?

Klik untuk gambar besar


"Tiada siapa yang jahat dalam dunia ini. Get yourself together. Jadilah lelaki sepertimana anda mahu anak anda jadi apabila besar. You can do it Aliff! - "Tolong jangan buat perangai lagi. Saya sangat rindukan keluarga bahagia anda," komen beberapa netizen di laman sosial.

Menerusi laporan pada 5 Januari lalu, Aliff dan Bella pernah memuatnaik foto bersama di Instastory sehingga menarik perhatian netizen di media sosial. Bella berkongsi foto mesra sedang merangkul tangan seorang lelaki dipercayai bekas suaminya itu yang berada di kerusi pemandu.

Lebih menguatkan spekulasi mengenai identiti lelaki tersebut apabila bintang yang berasal daripada Singapura itu turut memuatnaik swafoto yang memperlihatkan Bella di belakangnya dalam sebuah kereta.

Untuk makluman, Aliff dan Bella berkahwin pada 9 September 2016 dan dikurniakan seorang cahaya mata lelaki bernama Mohamad Ayden Adrean yang kini berusia tiga tahun. Pasangan tersebut mengambil keputusan untuk bercerai pada 16 Mei tahun lalu selepas penyanyi kelahiran Singapura itu beberapa kali kantoi curang.


www.myartis.com / Sumber & foto: mStar & Instagram Aliff Aziz


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: