21 January 2020

ALIF MUHAIMIN TUNAI UMRAH BERSAMA IBU & ADIK-BERADIK


Menerusi laman Instagram, juara Hero Remaja 2017, Alif Muhaimin atau nama penuhnya nama Alif Muhaimin Abdul Rahman telah memuatnaik foto dirinya kini sedang menunaikan ibadah umrah di Tanah Suci Makkah.





Menerusi perkongsian itu, kelihatan Alif tidak keseorangan tetapi turut serta ibunya, Faridah Sheikh Mohamed dan adik beradiknya. Alif berharap agar umrah yang dijalankan mabrur dan diberi peluang untuk datang lagi buat kali kedua.

"Umrah kedua Insya-Allah, semoga semuanya berjalan lancar. Masa berlalu begitu cepat di sini. It's hard to keep track of what day it is. Alip doakan semua bahagia sentiasa dan hidup dipermudahkan okay insya-Allah," tulisnya.

Klik untuk gambar besar


Pelakon drama 'Setelah Terlafaznya Akad' turut berkongsi foto-fotonya ketika berada di tanah suci. Menjengah di ruangan komen, rata-rata mendoakan agar urusan mereka dipermudahkan dan berjalan dengan lancar.

Alif mula dikenali selepas mengalahkan Harris Annuar, Ikmal Amry, Safwan Nazri dalam program Hero Remaja dan kini dirinya sedang aktif berlakon.








www.myartis.com / Sumber & foto: Astro Gempak & Instagram Alif Muhaimin


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: