21 January 2020

BALQIS DIDAKWA DIDERA, DIPERGUNAKAN - IBU NAFI DAPAT RM100K, TERKILAN DIFITNAH


Setelah tular rakaman menyuarakan hasrat dan perancangan untuk melabur dalam pelaburan tukaran wang asing atau Forex, akaun Instagram pelakon cilik, Puteri Balqis Azizi dilihat telah dinyahaktifkan sejak Isnin dan telah mengundang persoalan dan kebimbangan peminatnya.





Menerusi rakaman video bersama Datuk Seri Aliff Syukri, usahawan kosmetik itu ada bertanyakan Balqis apa yang akan dilakukannya jika diberikan wang berjumlah RM100,000. Balqis memberitahu salah satu perancangannya adalah untuk melabur dalam pasaran Forex.

"Kalau dapat RM100,000, Puteri nak buat apa?," tanya Aliff. - "Duit tu ada yang Puteri nak simpan, ada yang nak disedekahkan dan untuk Forex. Kami suka graf," jawab Balqis.

Kenyataannya itu mengejutkan netizen dan menjadi perbualan hangat netizen di laman Twitter kerana pada usia 13 tahun, Balqis sudah memikirkan mengenai dunia pelaburan. Rata-ratanya kurang bersetuju dengan cadangan Balqis itu memandangkan dana yang diperolehi itu sepatutnya digunakan untuk tujuan perubatan dan pendidikan.

Klik untuk gambar besar


Kritikan netizen itu dipercayai menjadi punca Balqis menyahaktif akaun Instagram miliknya yang kini memiliki lebih 500,000 pengikut. Pada 12 Januari lalu, kisah kesempitan hidup Balqis dan ibunya, Norashikin Mohd Aziz menarik perhatian netizen apabila dipaparkan dalam program Bersamamu (TV3). Kisah penderitaan mereka mengundang sebak penonton kerana masing-masing tidak menyangka bintang yang popular di mata masyarakat itu berdepan kehidupan sukar.

Sementara itu, disebalik kisah viral kesempitan hidup Balqis, timbul pelbagai spekulasi dan cerita yang kurang enak didengar. Terbaru, seorang pemuda menerusi akaun Twitter yang mengaku dirinya sebagai bapa saudara Balqis mendakwa kanak-kanak itu sebenarnya hidup menderita. Didera oleh ibu bapanya yang hanya mempergunakan dirinya untuk mengaut keuntungan. Semuanya kerana duit semata-mata.

Sejauh mana kebenaran disebalik dakwaan Balqis ini tidaklah kami ketahui. Namun, tidak dinafikan kisahnya mengungkapkan seribu satu cerita yang menjadi persoalan netizen.



Dalam pada itu, ibu Balqis menafikan dakwaan segelintir pihak dia mendapat sumbangan RM100,000 daripada Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas). Norashikin ketika dihubungi berkata, dia terkilan dan kecewa dengan tuduhan itu selain menyifatkan ia fitnah.

"Terlalu banyak fitnah saya dapat sampai kata Seniman dan Finas bagi RM100,000. Saya tak tahu nak cakap apa lagi. Belum habis satu, timbul pula cerita lain. Nasib baik saya menjual buku, kalau memang kerja saya minta tolong saja, inilah jadinya. Orang pasti akan mengungkit balik.

"Pihak yang keluarkan cerita itu bermotifkan sengaja dan memandai-mandai. Setiap hari saya sibuk menjual dan menguruskan penghantaran buku. Berhentilah fitnah kami," katanya.



Terbaru, timbul pula cerita mengatakan anaknya sengaja menyahaktif akaun Instagram: "Betul, Aqish (Puteri Balqis) tutup Instagram," jelasnya.

Dia kecewa dan sedih apabila terlalu banyak mendapat mesej di Instagram berkenaan apa yang berlaku. Apatah lagi semuanya tidak betul: "Jadi, buat sementara waktu dia tidak mahu ada Instagram. Dia mahu fokus pada diri sendiri dan menjual buku. Ini saja yang kami ada sekarang.

"Tapi, jangan pula anggap Aqish tutup Instagram sebab nak lari. Itu tidak sama sekali. Tak elok tuduh kami macam itu. Kami tidak ke mana-mana, masih lagi menjual buku macam biasa. Kami lebih tenang tanpa sosial media. Jangan risau, kami sentiasa membantu mereka yang dalam kesusahan macam kami. Setiap hari kami pergi cari orang-orang yang susah," ujarnya.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Finas, Ahmad Idham Nadzri berkata, pihaknya tidak pernah memberi sumbangan dengan jumlah yang didakwa itu: "Finas memang ada beri sumbangan kepada Pueri Balqis, tapi tidak dengan jumlah itu. Cuma, saya tak boleh dedahkan berapa. Saya tak tahu pula kalau ada sumber lain. Itu saya tidak tahu," tuturnya.






www.myartis.com / Sumber: mStar, Beautifulnara & Harian Metro


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: