21 January 2020

RISTEENA & ISA KONGSI VIDEO MENARI, DIDUKUNG: "GOODBYE HATERS!"


Pasangan pelakon Risteena Munim dan Isa Khan nampaknya semakin terbuka berkongsi kisah cinta selepas mengumumkan pertunangan mereka. Malah, Risteena menyifatkan dia wanita paling bertuah kerana dipertemukan dengan Isa.





Tidak kisah dengan kritikan netizen mengenai hubungannya dengan tunang yang dianggap terlalu mesra, baru-baru ini Risteena dan Isa memuatnaik video momen manis mereka sedang menari. Video tersebut juga memaparkan aksi Isa sedang mendukung Risteena sambil kedua-duanya saling bertentang mata.

Menerusi perkongsiannya itu, Risteena dan Isa sempat menitipkan pesanan selamat tinggal buat haters di luar sana: "THANK YOU FOR LOVING ME IN A MILLION WAYS AND YES, GOODBYE HATERS!," tulis Risteena dan Isa.

Klik untuk gambar besar


Diruangan komen rata-rata netizen meminta pasangan ini agar segera berkahwin supaya mengelak daripada mengundang fitnah. Dalam pada itu, netizen mengatakan sebelum berkahwin memang semuanya nampak manis dan adalah lebih indah jika sesebuah hubungan itu segera dihalalkan. Netizen turut mendoakan semoga pasangan ini masih kekal romantik meskipun selepas berkahwin.

Terdahulu, pasangan itu mengumumkan sudah pun mengikat tali pertunangan pada 23 November lalu ketika bercuti di Bali, Indonesia. Perkara itu diumumkan mereka dalam satu majlis kejutan yang diadakan di Bora Ombak, Putrajaya pada 6 Disember 2019.










www.myartis.com / Sumber & foto: Rotikaya, Astro Gempak. Instagram Risteena Munim & Isa Khan


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: