08 January 2020

"DAH SENTUH.. LEPASTU LEPASKAN...." - AJAK IDAM MOTOR BERKUASA TINGGI 3 TAHUN


"Sebenarnya aku dah 3 tahun idamkan motor ni.. Jadi aku usaha kumpul duit pelan2.. Tapi bila rezki tu ada, mesti niat aku akan terbantut.. Sebab aku akan utamakan keperluan untuk keluarga dulu. Bukan poyo, tapi sebab aku Bapa.. Keinginan aku kena letak tepi...





"Pernah sekali tu aku dah sentuh moto ni.. Lepastu aku lepaskan balik bila aku dengar harganya.. Mungkin sesetengah org lain rasa benda ni murah.. Tapi aku yg asalnya keje gomen, dan tahu duit susah nak cari, aku rasa yang moto ni mahal.. Ramai kawan tau aku suka moto ni.. Tapi aku cuma bercerita.. Bila diorang tanya bila Jak nak keluar moto? Aku cuma senyum je.. Kalau aku xfikir anak2.. dah lama aku beli.

"Tapi Alhamdulillah Bini aku hadiahkan aku moto ni dan memang xsangka langsung sebab aku dah mula lupakan pelan2 niat nak beli moto ni.. Syukur.. Alhamdulillah terima kasih Allah kau kurniakan aku Isteri dan anak2 yang hebat ni untuk bahagiakan aku didunia ni..Terima kasih sayang @afifahamin sebab hadiahkan Baba moto ni..

"Dulu Baba beli moto Honda petak signal patah. Harga 700 bayar 4 kali untuk bawak awak.. Tapi sekarang xlagi. Ini semua berkat Doa seorang isteri untuk suaminya... Teruskan doa untuk Baba.. Dan Baba akan jaga kita. #bukannakmenunjukcumanakkongsi #binibagi #kitatukangbawakaje #sayaajakdansayatidaksombong," tulis pelawak dan penyampai radio Suria FM, Ajak Shiro yang tidak menyangka mendapat hadiah motosikal berkuasa tinggi, Triumph Bonneville T120 Black yang berharga lebih RM60,000 daripada isterinya, Afifah Amin.

Klik untuk gambar besar


Hadiah itu adalah kejutan daripada isteri sempena hari jadi Ajak yang ke-34, kelmarin. Ajak atau nama sebenarnya Mohamad Hanaffi Razak berkata, dia sudah mengidamkan motosikal itu sejak tiga tahun lalu. Ajak berkata, dia hanya mampu tersenyum apabila ditanya rakan mengenai perancangannya membeli motosikal itu. Ajak berkata, apa yang dimiliki sekarang juga adalah berkat doa isteri tercinta.

Menerusi laman Instagram, isteri Ajak mengucapkan selamat hari lahir dan mendoakan suaminya sentiasa bahagia bersama dia serta anak-anak selain berterima kasih kerana sentiasa menjadi yang terbaik buat mereka.

"Happy Birthday Baba.. Ibu paling lewat wish kat media sosial. Lewat 2 hari.. sebab 2 hari dok fikir nak ucapkan apa. xnk panjang2.. Apapun Selamat Hari Jadi yang ke-34. Semoga Baba sentiasa bahagia bersama kami dan terima kasih kerana sentiasa menjadi yang terbaik yang selalu fikirkan yang terbaik buat kami.. Love baba sangat..Suka x hadiah yang ibu bagi tu.. hehe," tulis isteri Ajak.










www.myartis.com / Sumber & foto: Harian Metro, Instagram Ajak Shiro & Afifah Amin


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: