30 January 2020

NAFI ALAMI KOMPLIKASI - DAYANGKU INTAN MOHON DOAKAN PEMBEDAHAN ANAK


"Saya sendiri terkejut dengan berita komplikasi buah pinggang itu. Alhamdulillah saya dan suami berada dalam keadaan sihat sejak daripada pembedahan itu cuma bekas luka itu saja yang belum pulih sepenuhnya. Cuma setiap kali kalau saya menyanyi saya akan rasa sakit pada bekas luka pembedahan sebelum ini.





Saya rasa pedih-pedih tapi saya dah buat CT scan, semuanya dalam keadaan baik-baik saja," demikian jelas penyanyi popular era 1990-an, Dayangku Intan yang menafikan khabar angin kononnya dia mengalami komplikasi selepas menjalani pembedahan pemindahan buah pinggang buat suaminya pada 29 September 2018.

Menurut Dayang, dia dan suaminya, Rosman Yahil berada dalam keadaan sihat meskipun bekas luka pembedahan itu belum pun pulih sepenuhnya. Bercerita lanjut Dayang berkata, proses untuk sembuh sepenuhnya mungkin memakan masa yang agak lama gara-gara jadual hariannya yang begitu padat: "Saya rasa ia memerlukan sekurang-kurangnya dua tahun untuk pulih sepenuhnya.

"Mungkin proses untuk sembuh itu terganggu kerana saya terlalu aktif dengan menyanyi, kerja dan terpaksa ulang-alik ke hospital. Lebih-lebih lagi apabila anak perempuan saya terpaksa melakukan pembedahan pemindahan hati pada 5 Februari nanti," katanya.

Klik untuk gambar besar


Dalam pada itu, penyanyi lagu 'Kita Insan Biasa' ini memaklumkan anak ketiganya, Wanku Intan Syarafana, 23, pula terpaksa menjalani pembedahan pemindahan hati selepas terkena jangkitan bakteria yang berkemungkinan berpunca daripada kucing peliharaannya.

"Sebelum ini anak saya memang lahir tanpa hempedu (biliary atresia baby) jadi ia sesuatu yang kami memang dah jangka daripada dia kecil lagi. Tapi dia berjaya survive sampai umurnya 23 tahun... itupun terpaksa buat selepas ada gangguan bakteria pada hatinya.

"Sebelum ini dia dah sihat dan dah keluar daripada senarai untuk pemindahan hati cuma sebab ada gangguan bakteria berkemungkinan daripada kucing yang dibelanya. Adik dia (Wanku Mohd Ruknuddean, 22) akan bertindak sebagai penderma hati. Kalau dulu saya bagi buah pinggang pada ayahnya sekarang adik dia pula akan beri hati padanya," ujarnya.






www.myartis.com / Sumber & foto: mStar & Instagram Dayangku Intan


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: