30 January 2020

SYAFIE TIDAK MAHU LAGI BALAS ATAU FIKIR APA ORANG BUAT PADANYA


Menerusi satu entri di laman Instagram, pelakon Syafie Naswip telah memohon maaf secara terbuka diatas salah silap yang dilakukan tanpa sengaja atau kepada sesiapa yang pernah terguris dengan kata-katanya sebelum ini. Selain itu, Syafie berkata dia juga telah memaafkan semua orang yang pernah melukakan hatinya atau melakukan silap kepadanya.





"Kepada semua yang pernah saya sakitkan hati secara sengaja atau tidak, saya mohon maaf dunia akhirat. Untuk mereka yang pernah menyakitkan hati saya atau berhutang dengan saya, Saya dah halakan dan maafkan.

"Untuk mereka yang pernah saya berhutang makan atau wang minta menuntuntnya daripada saya. Saya tidak mahu lagi membalas atau memikirkan apa sahaja yang orang buat pada saya atau bercakap mengenai isu-isu lepas yang menghimpit saya," tulis pelakon popular filem 'Mukhsin' itu.

Klik untuk gambar besar


Menurut Syafie, dia lakukan semua itu demi untuk mendapatkan hati yang tenang mengikut saranan dan nasihat seseorang kepadanya: "Ada seorang hamba Allah menegur saya secara baik dan sopan tanpa mengaibkan atau menyakitkan hati saya, InsyaAlla saya akan tenang. Kata-kata hamba Allah itu sedikit sebanyak mengeutuk pintu hati saya," katanya lagi.

Entri tersebut mendapat perhtain pengikutnya yang setuju dengan tindakan pelakon itu. Terdahulu, kecoh kisah pelakon terkenal Syafie Naswip dan pelakon baru Aishah Azman putus tunang.

Situasi kemudian bertukar tegang apabila Aishah mendakwa dipukul Syafie dan mengambil keputusan untuk membuat laporan polis. Namun menerusi laporan terkini, pihak pendakwa raya membuat keputusan kes adalah Tiada Tindakan Lanjut (TTL) kerana tiada keterangan yang mencukupi.




www.myartis.com / Sumber & foto: Astro Gempak & Instagram Syafie Naswip


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: