30 January 2020

TERINGIN BERMALAM BERSAMA ANAK-ANAK - RADHI TERTEKAN, IKUT TABLIGH


Mendakwa masih belum berpeluang menjaga dua anaknya selepas bercerai dengan bekas isteri, Nur Shahira Ayu Zahiri, tahun lalu, vokalis kumpulan OAG, Radhi atau nama penuhnya, Muhammad Radhi Razali, 42, yang meluahkan rasa terkilan itu berkata, sebagai bapa, dia masih menaruh harapan untuk mencurahkan kasih sayang kepada anak-anak, biarpun terpaksa menempuhi cabaran sukar.





"Sudah lama saya tidak bertemu dengan anak. Setiap kali saya mahu berbuat demikian, ada sahaja halangan tiba. Saya sudah berbincang dengan bekas isteri, namun menemui jalan buntu. Ini kerana setiap keputusan perlu mendapat persetujuan ibu bapanya.

"Sebagai bapa, sudah tentu saya teringin membawa mereka bermalam di rumah dan meluangkan masa bersama. Namun, sehingga ke hari ini, saya masih belum berpeluang berbuat demikian. Saya harap, suatu hari nanti, saya berpeluang mencurahkan kasih sayang dan menjaga mereka seperti dahulu," katanya.

Dalam pada itu, Radhi juga berharap dapat kembali tinggal bersama anak-anaknya suatu hari nanti: "Anak sangat penting buat saya tapi tak boleh salahkan pihak bekas isteri mengenai hak penjagaan. Saya reda kalau jarang dapat dan tak mahulah mengganggu mereka. Memang saya dibenarkan berjumpa anak saya, tapi itulah, tak puas. Saya teringin juga nak bawa mereka balik dengan saya dan tidur memeluk mereka," ujarnya.

Radhi berkahwin dengan Nur Shahira Ayu atau Ayu pada 14 April 2014, namun bercerai, Julai tahun lalu. Mereka dikurniakan dua anak, Nur Aisyah, 5, dan Muhammad, 4. Sebelum ini, Radhi yang popular dengan lagu Slumber, pernah berkahwin dengan penyanyi, Shazlin Sharif pada 1 Jan 2005 dan berpisah pada 8 Jun 2010. Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan seorang anak lelaki, Muhammad Rifdi Muslim, 15.

Klik untuk gambar besar


Dalam perkembangan lain, Radhi mengaku berdepan tekanan ketika perkahwinan kedua dilanda badai sehingga berlaku perpisahan. Radhi berkata, perceraian itu memberi kesan besar dalam dirinya: "Siapa tak sedih kalau bercerai dan sememangnya saya sangat tertekan. Bayangkan tiba-tiba rumah tiada orang lain dan hanya tinggal saya seorang.

Selepas bercerai, saya hampir tidak tahu bagaimana nak teruskan kehidupan. Namun, saya berusaha berdoa dan mendapatkan petunjuk daripada Allah. Saya alami tekanan dan murung ketika bercerai. Bukan mudah untuk menghadapi situasi seperti itu apabila pada masa sama, saya ada masalah ketagihan. Selain menjadikan muzik sebagai terapi, saya mendekatkan diri dengan Tuhan.

"Saya sertai aktiviti kumpulan tabligh sehingga ke Johor. Kehadiran teman-teman tabligh banyak membantu saya mencari kekuatan diri," jelas Radhi yang melancarkan single terbaru berjudul '#ORI' pada Selasa lalu dan konsert jelajah yang bakal bermula di Johor Bahru, bulan depan.

Bagaimanapun, Radhi bersyukur apabila beberapa rakan tampil membantu untuk mengembalikan semula kekuatan dirinya: "Saya ada mengikut jemaah Tabligh berdakwah dan mereka banyak membantu. Ketika itu saya merasakan Allah menghantar bantuan kepada saya. Alhamdulillah ketika bersama mereka, saya menerima ujian berat itu. Ini semua urusan Allah," tuturnya.






www.myartis.com / Sumber & foto: Berita Harian, Harian Metro & Instagram Radhi OAG


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: