30 January 2020

"I FEEL I SHOULD STOP ACTING.. MAYBE BUAT YOUTUBE...." - MIA SARA


Pelakon Mia Sara Nasuha baru-baru ini telah meluahkan rasa untuk berhenti daripada bidang lakonan. Menurut Mia yang dulu dikenali sebagai pelakon kanak-kanak, dia sudah tidak tahan apabila terpaksa berdepan dengan perkara-perkara tidak masuk akal hingga membuatkan dirinya sudah tawar hati.





Malah kata Mia atau nama penuhnya Mia Sara Nasuha Muhammad Ridhuan, dia lebih memilih untuk menjadi bintang Youtube. Pada masa sama, Mia, 15, turut meminta pendapat orang ramai sekiranya dia berbuat demikian (berhenti berlakon).

"Gloomy Wednesday. Kalau Mia stop berlakon masih ada yg minat Mia tak? Korang minat Mia sebab apa? Hanya sebab Mia berlakon ke? Kalau tak popular korang masih minat ke? I am tired with all the nonsense surrounding my career and I feel I should stop acting.

Klik untuk gambar besar


"Maybe buat YouTube video je kot after this. Korang please tell me how you feel about me quit acting ya. Mia nak tau apa pendapat korang," tulis Mia yang meluahkan hasratnya itu menerusi sebuah posting yang dimuatnaik ke laman Instagram miliknya pada Rabu.

Perkongsiannya itu menerima pelbagai reaksi peminat yang rata-ratanya terkejut dengan keputusan pelakon itu. Bagaimanapun, mereka dilihat tetap menyokong dan menghormati apa saja keputusan dibuat pelakon berusia 15 tahun ini, termasuk pelawak Achey.

"Kami satu keluarga minat bakat Mia... so Mia jadi apa pun bakat Mia tetap bagus. Mungkin sekarang dah ke arah remaja yang matang. Tak ada masalah pun... apa Mia buat peminat akan support sebab peminat Mia seiring membesar dgn Mia," ujarnya.












www.myartis.com / Sumber: mStar & Instagram Mia Sara


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: