18 January 2020

ELLY MAZLEIN KINI SAH ISTERI CIKGU MOHAMAD AZLAN


Alhamdulillah... tahniah kami ucapkan kepada penyanyi dan pelakon Elly Mazlein yang telah selamat kembali bergelar isteri setelah sekian lama memegang gelaran ibu tunggal. Penyanyi lagu 'Usah Ditambah Bara Yang Tersimpan' itu disatukan dengan jejaka pilihannya iaitu seorang cikgu dari Kelantan, Mohamad Azlan.

Elly dan suami telah dinikahkan oleh bapanya, Syed Hanafi Syed Abdullah dan disaksikan Abdul Manaf dan Mohd Akmaluddin dengan mas kahwinnya seutas gelang tangan emas.

Majlis serba meriah itu berlangsung di Putra World Trade Center, Kuala Lumpur tepat jam 9.09 malam tadi dengan lima berbalas tujuh hantaran. Pelamin yang bertemakan 'Malam Bulan Dipagari Bintang' di skrin led menambahkan lagi suasana pernikahan tersebut yang dihadiri keluarga dan rakan artis.





Untuk rekod, sebelum ini Elly mengikat tali pertunangan dengan jejaka pilihannya itu pada 17 Disember tahun lalu. Sebelum ini, dia pernah berkahwin dengan pengarah drama Azmi Hatta pada 9 November 2014 namun bercerai pada 15 Oktober 2015 selepas dikurniakan seorang cahaya mata, Putri Sara Sefhia yang kini berusia empat tahun.

Ditanya media mengenai bulan madu, pasangan ini merancang untuk berbulan madu di kota London, selepas urusan di sini selesai.

Klik untuk gambar besar



































Foto : Elly IG

         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: