03 January 2020

FOTO HANTAR ANAK SEKOLAH DIKRITIK - INI RESPON AERIL ZAFREL


Setiap insan yang bergelar ibu bapa sudah menjadi kebiasaan untuk berkongsi pengalaman menghantar anak di hari pertama sesi persekolahan. Tidak ketinggalan, pasangan selebriti, Aeril Zafrel dan Wawa Zainal yang turut berkongsi foto ketika menghantar anak-anak mereka ke sekolah.





"1st day school.... ayah doakan kamu berdua menjadi anak yg soleh&solehah serta menjadi hafiz dan hafizah suatu hari nanti .. amin....," tulis Aeril. - "Morning...hantar anak ke sekolah jgk ke tu?? Hehe .. Attar da darjah 1 cpt nya masa berlalu," kata Wawa pula.

Bagaimanapun, bapa kepada tiga cahaya mata itu meluahkan rasa apabila menerima kritikan netizen mengenai perkongsiannya itu di media sosial: "Niat nak upload buat kenangan je, haha sekali ambik kau," ujar Aeril.

Lantas, perkongsian bintang drama bersiri 'Cari Aku Di Syurga' ini mendapat reaksi yang pelbagai peminat. Untuk makluman, Aeril mendirikan rumah tangga bersama Wawa pada tahun 2012 dan dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Ahmad Fakhuddin Attar, 7, Hayla Maghfirahtul Adzkiyaa, 5, dan Ayya Soffya yang dilahirkan 1 Disember lalu.

Klik untuk gambar besar











www.myartis.com / Sumber & foto: Media Hiburan, Twitter/Instagram Aeril Zafrel & Wawa Zainal


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: