03 January 2020

"GRATEFUL FOR EVERYTHING..." - REMY ISHAK KEMBALI AKTIF, 'FOLLOW' MIRA FILZAH


"Hello! Alhamdulillah! 2020 is finally here! It's the best time to start afresh with a brand new look coming your way. Grateful for everything that has happened to me in the past decade, feeling excited about what the future has in store," demikian tulis pelakon Remy Ishak menerusi laman Instagram miliknya.





Remy sebelum ini bertindak memadam semua foto di Instagram dan tindakan pelakon drama bersiri 'Pujaan Hati Kanda' itu mendapat perhatian sekaligus menjadi tanda tanya buat peminat. Bagaimanapun, pelakon berusia 37 tahun itu kembali memuatnaik beberapa keping foto di laman sosial selain turut menulis kapsyen motivasi berkaitan harapan dirinya untuk tahun 2020.

Dalam pada itu, rata-rata peminat turut memberi kata semangat kepada bintang kelahiran melaka itu. Terdahulu, kecoh di laman sosial apabila Remy bertindak memadam semua posting selain turut 'unfollow' pelakon Mira Filzah.

Namun, berdasarkan tinjauan, pelakon berkenaan telah mengikuti kembali akaun aktres tersebut. Dalam perkembangan lain, Remy kini sedang sibuk menjalani penggambaran drama 'Bukan Gadis Biasa' di samping penyanyi dan pelakon Ayda Jebat.

Klik untuk gambar besar









www.myartis.com / Sumber & foto: Media Hiburan & Instagram Remy Ishak


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: