03 January 2020

"DOAKAN SAYA YA" - ZILA BAKARIN AKUI SUDAH BERTUDUNG SEJAK SEBULAN


Pelakon Zila Bakarin sejak akhir-akhir ini telah memuatnaik foto dirinya memakai tudung dan ia telah menarik perhatian ramai. Perkongsian itu dibuat menerusi entri di akaun Instagramnya buat tatapan umum.





Entri tersebut mendapat reaksi positif daripada pengikut IGnya yang rata-rata mendoakan agar Zila terus berhijab. Tidak kurang juga yang memuji kecantikan Zila dengan imej bertudung itu.

Menerusi pemerhatian, pelakon drama 'Dendam Aurora' mendedahkan dia telah berhijab sejak sebulan yang lalu: "Oh masa jadi mak Baizura cerita Amda tu sis dah bertudung la ya. Cantiknya," tulis seorang pengikut." - "Oh cerita tu awal tahun shooting, tak pakai lagi. Ni baru je sebulan macam tu, doakan saya ya," balas Zila.

Unti info, Zila mula aktif di industri hiburan pada tahun 1996 dan berjaya mengekalkan popularitinya sehingga kini.

Klik untuk gambar besar











www.myartis.com / Sumber & foto: Astro Gempak & Instagram Zila Bakarin


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: