Tindakan pelakon Nick Janna mengeluarkan kata-kata agak kasar terhadap penyanyi dan pelakon, Elly Mazlein yang diundang sebagai tetamu khas untuk mempromosikan drama 'Kampung People' ketika mengacarakan program Melodi hujung minggu lalu telah mengundang kemarahan orang ramai.

Rata-rata netizen tidak berpuas hati apabila Janna menggelarkan Elly dengan panggilan janda apabila mengumumkan Elly bakal berkahwin tidak lama lagi. Buat mereka, istilah janda itu mungkin tidak bersesuaian untuk digunakan berbanding dengan ibu tunggal. Menurut netizen, cara penyampaiannya agak biadab dan tidak menjaga senstiviti orang lain.
Tidak lama selepas itu, Janna dilihat tersungkur sebelum dibantu Elly untuk bangun dan insiden itu turut dikaitkan dengan isu Janna ‘cakap lepas’. Kita fikir baik-baik sahaja, mungkin apa yang dikatakan oleh Janna itu tidak disengajakan dan dia juga tidak berniat untuk kecilkan hati siapa-siapa.
Klik untuk gambar besar


www.myartis.com / Sumber & foto: Beautifulnara
________________________

No comments:
Post a Comment