07 January 2020

TUNJUK JARI TENGAH - NOH HUJAN DITEGUR NETIZEN, JAGA KELAKUAN


Perkongsian foto di laman Instagram rasmi kumpulan Hujan yang menunjukkan aksi spontan vokalisnya iaitu Noh Salleh menunjukkan jari tengah telah menerima kritikan dan teguran netizen. Dalam foto tersebut, ahli kumpulan Hujan bergambar bersama penganjur selepas mereka selesai menjayakan sebuah acara di ibu negara pada Isnin lalu.





Ia menarik perhatian pengikut yang berpendapat kapsyen yang ditulis pada muatnaik tersebut tidak sepadan dengan kelakuan yang ditunjukkan suami kepada penyanyi Mizz Nina itu.

"MasyaAllah, Alhamdulillah... Syukur kepada Allah swt kerna mengizinkan sukses mengiringi kita untuk majlis Manic Mondo 2. RestuNya penuh misteri antara ujian dan nikmat dunia membolehkan kita berkumpul bersama-sama meraikan perpaduan sesama kita.

"Yang datang dari jauh dan dekat, merentas laut udara daratan sejauh Sabah Singapura Kedah dan Kelantan, kami tidak menyangka semangat RAINGERS tahun 2020 ini lebih jahat berbanding sebelumnya.

Klik untuk gambar besar


"Kalian telah buktikan tiada apa yang boleh menghalang kita kecuali tiada keizinan Yang Maha Esa. Kami dengan sepenuh hati berterima kasih kepada semua terutamanya sponsor dan management majlis, @thegasketalley dan team IQOS #DISQOVR yang bertungkus lumus bermati matian memastikan semuanya sempurna untuk Manic Mondo 2.

"Tidak pernah sekalipun kami berada diposisi yang dipaksa paksa oleh pengurusan dan sponsor. Sangat positif dan benar benar memenuhi keperluan dan kehendak kita untuk menghidupkan suasana komuniti yang sebenar di majlis.

"Jeff, Lawson, Cecilia, Chloe, Hafiz, Mark, Jun Hau, Epin, Terima Kasih. Kepada team security, Gladius sekeluarga yang sangat professional dan tabah melayani tetamu tetamu muda yang terkadang tidak sedar akan terlebih terkurang adab kami di majlis, terima kasih. Kepada pihak medic juga, terima kasih kerana sentiasa ada dan tangkas atas kecemasan yang berlaku," tulis pengendali akaun pada Selasa.

Meskipun kapsyen tersebut dilihat cukup berbahasa dan indah dengan pujian terhadap Allah, namun rata-rata pengikut meninggalkan komen kurang senang dengan foto yang dimuatnaik itu. Salah seorang pengikut di akaun tersebut mengharapkan selebriti menunjukkan kelakuan dan akhlak yang baik bagi mengelakkan fitnah.



"Sebagai public figure Noh kena sensitif sikit setiap perbuatan dan perlakuan dia, perangai yang baik datang seiring sekali perlakuan dan tingkah laku yang baik. Membuat isyarat tangan yang begitu boleh mengundang fitnah dan kata-kata yang kurang baik.

"Aku dah lama minat Hujan, cuma tak tegar tapi hampir semua lirik lagu Hujan aku minat, aku pasti Noh seorang suami yang baik, jadi aku harap kita semua perbaikilah diri ke arah lebih baik. No war... No racism...

"Maaf! Kelakuan gambar juga kapsyen agak tidak sesuai. Mula tuli MasyaAllah tapi gambar kau Noh jari tengah... apalah! Behave sikitlah haji," komen pengikut.

Selain Noh Salleh, kumpulan Hujan turut dianggotai oleh AM, AG Coco, Dimas dan Izzat.


www.myartis.com / Sumber & foto: mStar & Instagram Hujan Band


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: