07 January 2020

"TERKEJUT FOLLOWER NAIK.. PANIK...." - ISSEY KATA ISTERI TAK BIASA DUNIA GLAMOR


Setelah berkahwin pada Disember lalu, pelawak dan penyampai radio Suria FM, Issey Fazlisham memberitahu isterinya, Noor Aimi Jamel mengalami kejutan dunia glamor. Menurut Issey, 32, isterinya itu terkejut apabila jumlah pengikut di akaun Instagram bertambah dan peminat mula meninggalkan komen di setiap foto yang dimuatnaik.





"Dia masih belum biasa dengan dunia hiburan dan agak terkejut apabila follower di Instagram naik dan ramai tulis komen di setiap gambar. Sebolehnya dia akan baca satu-satu komen dan tanya kita... tak apa ke orang komen macam itu dan nak padam gambar sebab ramai komen.

"Dia cepat panik kalau ada yang nak interview, malah kamera pun dia takut! Padahal dia bekerja di bahagian sumber manusia dan selalu jumpa orang, mungkin dunia hiburan ini terlalu baru untuk dia," katanya.

Issey atau nama sebenarnya Fazlisham Mat Hussin, 32, menamatkan zaman duda apabila bergelar suami kepada seorang ibu tunggal anak tiga itu di Kota Bharu, Kelantan pada 22 Disember lalu. Bercerita lanjut mengenai situasi yang dihaapi isterinya, Issey berkata dia berharap pasangan hidupnya itu dapat belajar menyesuaikan diri dan tidak terlalu memikirkan komen netizen di laman sosial.

"Dia tengah cuba sesuaikan diri, saya harap dia bersabar dan biasakan diri dengan dunia hiburan. Saya pun bukanlah nak tunjuk-tunjuk isteri tapi memandangkan kita memang dalam bidang ini jadi sedikit sebanyak tempias itu akan diterima oleh isteri.

Klik untuk gambar besar


"Buat masa ini, semuanya okay dan dia perlahan-lahan sedang membiasakan diri dan sesekali saya sengaja muatnaik gambar awkward dia di Instagram, saja mengusik," ujarnya.

Dalam pada itu, Issey mengakui bukan mudah memegang tanggungjawab sebagai seorang bapa kepada tiga anak tiri. Malah, dia juga perlu melalui perhubungan jarak jauh kerana isteri bekerja di Kelantan.

"Alhamdulillah, anak-anak terima baik dan saya akui bukan mudah menjadi ayah baharu, lebih-lebih lagi apabila ayah sebenar mereka sudah meninggal dunia dan kita yang akan ganti tempatnya. Sekarang ini masih dalam proses untuk lebih rapat lagi.

"Buat masa ini saya tinggal sendirian di Kuala Lumpur... dua minggu sekali isteri akan datang ke sini atas urusan kerja dan dapatlah kami bertemu. Saya pula kalau ada masa memang akan pulang ke Kelantan. Kami tak ada masalah tentang isu perhubungan jarak jauh ini dan semuanya okay sahaja," tuturnya.




www.myartis.com / Sumber & foto: mStar & Instagram Issey Fazlisham & Noor Aimi Jamel


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: