07 January 2020

"TAK JADI KAHWIN... DIKECAM PULA" - EMMA MINTA DOA DIPERTEMUKAN JODOH


Tatkala ditanya apakah benar gosip bertebaran konon dirinya bakal berkahwin, tahun ini, pelakon Emma Maembong hanya tersenyum. Lali diaju soalan sama, apatah lagi ramai mahu mengabadikan 2020 sebagai tarikh istimewa hari bahagia, Emma bagaimanapun enggan bercerita panjang.





"Hampir setiap tahun sejak dahulu lagi, gosip atau cerita nak kahwin akan muncul. Bagi saya, ia umpama doa yang baik. Cuma saya malas hendak bercerita panjang. Nanti tak jadi kahwin, akan dikecam pula," katanya.

Namun, kakak kepada Chacha Maembong ini tidak menolak andai jodoh sudah tiba: "Macam selalu, kalau keluar gosip hendak berkahwin, saya aminkan doa itu. Dalam hal ini, saya hanya minta doa yang baik-baik".

Sebelum ini, Emma, 27, dikaitkan dengan Zizan Razak dan Kamal Adli. Julai lalu, Emma dikatakan menjalin hubungan intim dengan Noki yang juga anggota K-clique.

Klik untuk gambar besar





www.myartis.com / Sumber & foto: Berita Harian & Instagram Emma Maembong


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: