08 January 2020

IZZUE ISLAM: "SIHAT ATAUPUN SAKIT... NIKMAT YANG PERLU KITA SYUKURI"


Menerusi laman Instagram, pelakon dan penyanyi Izzue Islam memaklumkan dirinya dimasukkan ke hospital dan difahamkan akibat yang berkaitan dengan saluran hempedu. Posting itu juga turut disertakan dengan foto yang merakamkan Izzue sedang terbaring di atas katil sebuah hospital dengan memakai alat bantuan pernafasan.





"Sihat ataupun sakit, kedua-duanya merupakan nikmat yang perlu kita syukuri. Terima kasih @amirulhaswendy dtg melawat #SirosisBiliariPrimer #Ikhlas," tulisnya.

Dalam pada itu, ruangan komen Instagram Izzue dihujani dengan ucapan peminat yang mendoakan supaya pelakon kesayangan mereka cepat sembuh dan mendapat rehat secukupnya: "Semoga cepat sembuh pokjue!" tulis @alia.nadhirah. - "Semoga abang Izzue cepat sembuh. Amin," komen @khairul_jaybee1234.

Dalam perkembangan terbaru, Izzue menggalas tanggungjawab sebagai 'atuk kepsi' di belakang tabir Maharaja Lawak Mega (MLM2019) yang bersiaran setiap Jumaat secara eksklusif di Astro Warna (saluran 132) dan Warna HD (saluran 124).

Klik untuk gambar besar



www.myartis.com / Sumber & foto: Astro Gempak & Instagram Izzue Islam


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: