08 January 2020

KONTROVERSI VIDEO PANAS: "IA TIDAK MEMBERI KESAN..." - ZUL ARIFFIN


"Kalau seseorang menganggap dirinya selebriti, ia mungkin memberi kesan kerana membabitkan imej. Saya lebih menjaga kualiti lakonan di lokasi penggambaran. Sebagai seorang pelakon, hanya ini yang saya tahu, selebihnya adalah kehidupan peribadi.





"Saya tidak boleh menghentikan orang nak buat macam-macam. Hanya merisaukan saya adalah perkara memberikan impak buruk kepada kerjaya," kata pelakon Zul Ariffin yang baru-baru ini mencetuskan kontroversi gara-gara penyebaran video panas membabitkan individu mirip dirinya, mendakwa tidak terkesan dengan insiden berkenaan.

Zul, 34, berkata, kejadian itu tidak memberi impak kepada dirinya kerana dia hanya pelakon, bukan selebriti. Baru-baru ini, tersebar video berdurasi 45 saat yang antara lain memaparkan individu mirip pelakon Sangkar itu sedang berbaring dan melakukan aksi tidak senonoh.

Sebelum ini, Zul mendakwa dia menjadi mangsa teknik 'deepfake' iaitu mencari visual lain bagi menggantikan wajah yang dipaparkan dalam video. Zul yang ditemui di lokasi penggambaran filem 'Talbis Iblis' di Hatter's Castle di Pulau Carey, enggan mengulas lanjut mengenai insiden video panas itu.

"Saya tiada komen untuk hal berkaitan dengan video. Tiada sebab saya marah walaupun sering menjadi mangsa teknologi. Mereka boleh melakukan apa saja yang dimahukan. Untuk saya, ia tidak memberi kesan. Saya masih lagi bekerja seperti biasa," ujarnya.

Klik untuk gambar besar


Zul berkata, dia sudah melalui pelbagai kontroversi sepanjang bergelar anak seni: Setiap orang ada kisah masing-masing. Disebabkan itulah saya tidak pernah memberi komen terhadap pelakon lain. Ini kerana tidak tahu, masa saya akan tiba. Kalau bukan saya menjadi mangsa, pasti ada artis lain".

Zul berkata, dia tidak boleh menghentikan mana-mana pihak yang sengaja mahu memburukkan dirinya: "Saya cuma risau apabila bekerja dalam bidang ini, ia boleh beri kesan terhadap karier saya. Itu saja satu-satunya perkara yang saya risaukan. Tapi setakat ini saya keluar berjalan-jalan, orang tetap menyapa tanpa rasa pelik. Mungkin kalau bukan saya, perkara ini akan jadi pada orang lain pula nanti.

Terdahulu, Zul menafikan dirinya individu dalam video ini dan mendakwa dirinya menjadi mangsa teknik 'deepfake' iaitu mencari visual lain bagi menggantikan wajah yang dipaparkan dalam video: "Saya tak berhasrat untuk buat laporan polis kerana tiada guna kerana ini adalah teknologi Internet.

"Lainlah kalau orang itu berada depan mata. Saya dah melalui pelbagai kontroversi sepanjang bergelar anak seni. Setiap orang ada kisah masing-masing. Disebabkan itulah saya tidak pernah memberi komen terhadap pelakon lain," jelasnya.

Zul turut menafikan menyahaktifkan Instagram buat sementara kerana isu terbabit. Menurutnya, setiap hujung tahun dia pasti akan berbuat demikian untuk berehat daripada media sosial.


www.myartis.com / Sumber & foto: Berita Harian, Harian Metro & Instagram Zul Ariffin


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: