23 January 2020

"HANTARAN PERSIAPAN UMRAH..." - SASHA & SUAMI UMRAH SEKALI HONEYMOON


Penyanyi Sasha Saidin bakal mengotakan janji kepada suaminya, Sirhan Wahab iaitu akan berhijrah ke Emiriah Arab Bersatu (UAE) bulan hadapan. Kata Sasha, pada masa sama mereka akan menunaikan umrah bersama-sama sebagai hadiah bulan madu mereka.





"Kami akan menunaikan umrah di Makkah pada bulan hadapan memandangkan cuaca ketika itu baik dan dingin. Itu juga sebagai tanda syukur kami kepada Allah kerana mempermudahkan urusan perkahwinan kami. Kerana itu juga, barang-barang hantaran pada majlis pernikahan kami merupakan persiapan untuk menunaikan umrah nanti," katanya.

Sasha sah bergelar isteri kepada Sirhan dengan sekali lafaz dalam majlis pernikahan di The Sanctuary, Kuala Lumpur jam 9.28 malam Isnin lalu. Bekas anggota kumpulan Elite itu dinikahkan adiknya juga pelakon, Zain Saidin di hadapan keluarga dan rakan terdekat.

Klik untuk gambar besar


Pada majlis itu, Sasha menerima mas kahwin RM1,000 berserta tiga dulang hantaran daripada pihak lelaki dengan wang hantaran RM10,000, manakala pihak perempuan menyerahkan lima dulang.

Sasha yang juga anggota kumpulan Elite pernah berkahwin dengan Johan Abdullah Skinner pada 2003 namun bercerai empat tahun kemudian. Pada 2007, dia berkahwin dengan warga Indonesia, Salyo Priyanto tetapi bercerai pada 2012. Hasil perkahwinan dengan Salyo, mereka dikurniakan seorang anak lelaki iaitu Adam Aryasenna Notosoemarsono, 11.


www.myartis.com / Sumber & foto: Astro Gempak & Instagram Sasha Saidin


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: