02 January 2020

"HAPPY ANNIVERSARY TO US MY LOVE..." - ELFIRA LOY


"Happy Anniversary to us my love, I love you too! #oneyearanniversary. To my beloved husband, thank you for making ny 2019 the best year ever. From menikahi saya, menjadi imam saya, memaksa saya makan ubat sehingga sorok dalam ice cream demi anak kita. Bawak saya pergi Umrah pertama kita, menjadi bahan jenaka saya tengok awak feeling-feeling (the other side of Faris yang korang tak nampak).





"Terima kasih jugak layan semua cravings saya, yang paling saya suka semua midnight snacks yang awak buat, maggi, roti planta gula & blended milo omg sooo sedap. Dan gambar selepas itu, itu selepas Faris gelak gelakkan El punya morning sickness dia pulak dapat. Serious kesian waktu tu hahahahha.

"Terima kasih sebab kerja keras untuk keluarga kita & menjadi Ayah yang lejen untuk anak kita. Happy Anniversary again," demikian tulis pelakon Elfira Loy yang menyambut ulang tahun perkahwinan pertama bersama suaminya, Muhammad Faris Khairol Anuar semalam (1 Januari).

Klik untuk gambar besar


Berita gembira itu dikongsi Elfira menerusi sebuah entri di akaun Instagram miliknya buat tatapan ramai. Perkongsian itu mendapat perhatian dari para pengikut Elfira di ruangan komen. Rata-rata mereka mengucapkan selamat ulang tahun dan mendoakan kesejahteraan buat Elfira dan Faris.

Terdahulu, Elfira atau nama penuhnya Nurul Elfira Loy Ahmad Sabri dan Faris mendirikan rumah tangga pada 1 Januari 2019. Hasil perkahwinan itu, pasangan ini dikurniakan seorang cahaya mata, Muhammad Rayyan Khalaf pada 1 Oktober lalu.


























www.myartis.com / Sumber & foto: Harian Metro & Instagram Elfira Loy, Muhammad Faris Khairol Anuar


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: