15 January 2020

INTAN NAJUWA 'BLOCK' TUNANG DI INSTAGRAM?


Nampaknya kisah pelakon Intan Najuwa timbul lagi selepas dia sering dihimpit dengan pelbagai kontroversi dan dugaan dalam tempoh pertunangan. Sekali lagi hubungan Intan dengan tunangnya, Razrul Anwar Rulis dikatakan berantakan apabila aktres itu memadam foto dan kali ini 'block' pula tunangnya di laman Instagram.





Hanya satu gambar sahaja yang ditinggalkan dimana mereka sedang makan di restoran. Ironinya, foto kontroversi terlampau mesra Intan bersama pelakon Zul Ariffin dan Idris Khan tidak pula dipadam, sedangkan ia menjadi isu yang cukup hangat diperkatakan sebelum ini.

Menurut satu sumber, jarak perbezaan usia 16 tahun antara Intan dan Razrul yang mengikat pertunangan pada Ogos 2019 itu mungkin menjadi salah satu punca hubungan mereka bermasalah. Biasalah, pemikiran dan pendapat mereka tentang sesuatu perkara mungkin berbeza. Bukan itu sahaja, ada dakwaan mengatakan keluarga pihak lelaki kurang senang dengan sikap Intan. Eh, kenapa pula ya?

Bagaimanapun sejauh mana kebenaran gosip dan dakwaan ini tidak diketahui. Lagipun, selama ini Intan dan tunangnya dilihat cukup bahagia dan sangat romantik bersama. Malah, Razrul juga seorang yang sangat memahami kerjaya Intan sebagai seorang pelakon. Harapnya hubungan mereka ini kekal sehingga ke jenjang pelamin dan seterusnya sehingga ke syurga.

Klik untuk gambar besar



www.myartis.com / Sumber & foto: Beautifulnara & Instagram Intan Najuwa


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: