26 January 2020

ISTERI DEDAH FOTO 'SKANDAL' - PU ABU CURANG LAGI?


Baru-baru ini menerusi laman Instagram, isteri Pencetus Ummah (PU) Abu Sufyan, Hana Azraa telah memuatnaik sekeping foto wanita tidak bertudung. Menerusi perkongsian tersebut, Hana mendakwa wanita tersebut dipercayai merupakan kekasih hati suaminya yang baru: "Adakah ini dia? Betapa lovely kekasih hati awak #myhusbandlover #whoisshe #youknowher," tulisnya di ruangan kapsyen.





Bukan itu sahaja, Hana turut menukar gambar profil Instagram miliknya dengan imej wanita tersebut. Tindakannya itu kemudian mengundang pelbagai respons dalam kalangan pengikutnya.

"Rasalah balik, dulu kau ambil hak orang, kacau hak orang, jadi, sekarang, rasakan. Mesti tahu tentang hal-hal berbentuk kifarah. - "Abu buat hal lagi. - "Hebat Abu,..kalau handsome tak tahu lah lagi macam mana," tulis sebahagian netizen.

Bahkan, ada juga yang membuat spekulasi bahawa wanita dalam foto tersebut mirip wajah bekas isterinya, Ain 'Afini Latif. Biarpun Ain tidak pernah menunjukkan wajah sebenar disebalik purdah yang dipakainya, peminat mula berteka-teki dan mendakwa mata wanita terbabit sama seperti mata Ain.

Klik untuk gambar besar


"Masya-Allah, tak boleh padam gambar ni, tengok mata macam Ain, Allahu. - "Abu nak balik kat bekas isteri - "Mata macam Ain," komen sebahagian pengikutnya.

Bagaimanapun, entri terbabit telah dipadamkan beberapa minit selepas ia dimuatnaik. Sebelum ini, kisah rumah tangga pasangan tersebut pernah mendapat perhatian apabila dilaporkan berantakan.

Ekoran pendedahan isteri yang mendakwa PU Abu mempunyai wanita lain, akaun Instagram pendakwah tersebut menerima 'kunjungan' netizen. Rata-rata menempelak tindakan PU Abu yang dikatakan tidak pernah serik untuk mengulang kesilapan lama.

Bahkan, ada juga yang mahu mendapatkan jawapan daripada pendakwah tersebut mengenai gerangan identiti wanita tidak bertudung yang dikongsikan isterinya di Instagram semalam. Bagaimanapun, tiada sebarang respons balas daripada PU Abu yang kini sedang berada di Tanah Suci Makkah.



"Ada awek baru ke PU? Wife PU dah mengamuk tu. - "Bini hang pasaipa tu, dok meroyan di Instagram dia. - "Lelaki hidung belang. Memang tak pernah cukup satu kan. baguslah tu. Genap setahun curang lagi. - "Bu..ooo bu, tu ha bini kau tengah meroyan tu. Kesian kau tengah bawa kumpulan pergi umrah tapi tak tenang kan, semoga berjaya bro," tulis sebahagian netizen.

Tidak dinafikan, pendedahan Hana itu cukup hangat dan sekaligus mendapat pelbagai reaksi daripada netizen. Ada yang berkata, ini mungkin kifarah buat wanita itu yang sebelum ini dikaitkan sebagai orang ketiga, punca pendakwah itu bercerai dengan bekas isterinya ketika sedang sarat hamil.

Untuk makluman, Hana kini sedang sarat hamil dan pasangan ini sedang menunggu detik kelahiran cahaya mata pertama mereka tidak lama lagi selepas berkahwin pada Mei tahun lalu. Sebelum ini, kisah rumah tangga PU Abu menjadi perhatian umum apabila bertindak menceraikan Ain selepas memilih untuk bernikah dengan Hana. PU Abu dan Ain dikurniakan seorang bayi lelaki, Muhammad Adam Aysar pada 7 Jun tahun lalu.

Sejauh mana kebenaran disebalik pendedahan di atas tidaklah kami ketahui. Takkanlah seorang isteri mahu mengaibkan suami sebegitu rupa dan siap memalukan wanita lain juga. Mungkin ada benarnya akaun Instagram Hana digodam? Sama-sama kita nantikan penjelasan daripada tuan empunya badan.






www.myartis.com / Sumber & foto: Astro Gempak & Beautifulnara


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: