26 January 2020

JOJO ONE KONGSI CERITA DIGODA WANITA AJAK KE HOTEL KETIKA HIJRAH


Anggota kumpulan One Nation Emcees (ONE), Jojo atau nama lengkapnya, Nur Hasan Baias yang sebelum ini mengakui pernah jahil hal agama itu berrkongsi cerita apabila pernah digoda seorang wanita saat dirinya dalam fasa hijrah untuk menjadi insan yang lebih baik.





Jelas pemenang tempat kelima Gegar Vaganza musim keenam (GV6) itu bersama One Nation Emcees, dia percaya dirinya sedang diuji oleh Allah selepas beberapa bulan dia mula mendalami ilmu agama secara perlahan-lahan selepas 20 tahun leka dengan duniawi.

"Masa itulah Allah uji saya. Ada seorang kawan perempuan saya ajak pergi hotel dia kata dia ada masalah. Jadi saya datang. Apabila saya sampai di hotel, dia hanya pakai T-shirt sahaja. Jadi, saya yang sudah berubah, rasa macam kenapa ini?

"Lantas, dia berkata 'tolonglah sekejap je ni'. Mungkin dia nak cerita masalah dia. Ketika itu, dia ajak saya buat sesuatu yang disentuh," kongsi Jojo menerusi perkongsian Youtube Zayan.

Klik untuik gambar besar


Tidak mahu terus leka dalam kejahilan, bintang berusia 45 tahun menyedari perbuatannya itu salah disisi agama, sekali gus mahu menginsafi diri dengan cara mendirikan solat: "Masa itu saya rasa diuji. Saya rasa macam saya nak buat atau tidak.

"Tapi saya fikir, saya sudah berhijrah. Kalau saya buat ini, pasti Allah murka (marah). Jadi saya masuk ke tandas, saya ambil wuduk dan solat. Ketika itu jam tiga pagi, saya buat solat tahajud. Dia pun macam terkejut, lalu dia ambil selimut dan menyelimuti dirinya.

"Dia rasa macam malu agaknya. Saya langsung tak pandang dia, saya teruskan solat dan berdoa pada Allah agar diampunkan dosa," jujur Jojo yang menjelaskan bahawa wanita tersebut kini sudah berubah dan mengenakan hijab.

Terdahulu, anak kelahiran Sabah itu berkongsi cerita apabila dia telah bermimpi seorang individu yang wajahnya bercahaya dan memberitahu namanya Muhammad.






www.myartis.com / Sumber: Media Hiburan


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: