26 January 2020

10 FOTO - WAJAH COMEL TERKINI AZURA, PUTERI JAMAL ABDILLAH


"Dah tiga bulan dah #nurazurayamani. Alhamdulillah syukur. Semoga membesar dengan sihat ye yayang momi," demikian tulis isteri kepada raja pop, Datuk Jamal Abdillah iaitu Datin Zai Izzati Khairuddin, 25, yang berkongsi beberapa foto wajah permata hatinya yang kini berusia tiga bulan, Nur Azura Yamani, menerusi laman sosial Instagram.





Baru berusia tiga bulan, Azura telah mencuri perhatian dengan bentuk mata yang bulat, rambut yang lebat serta badan yang bersemangat. Melihat pada ruangan komen, rata-rata wargamaya memuji wajah comel Azura yang dikatakan mirip abang-abangnya.

"Alhamdulillah, sihat dia. Macam abang Osama," tulis seorang wargamaya. - "Allahu pipi montel dia rasa nak gigit, comel!" puji seorang wargamaya. - "Geramnya puteri kesayangan datuk dan datin. Comel muka, bulat mata,” kata seorang wargamaya. - Comelnya, teringin jugak nak baby girl comel macam Azura ni, gebu!" komen seorang wargamaya lagi.

Jamal, 60, mendirikan rumah tangga bersama Zai Izzati pada 1 April 2017 dan dikurniakan anak perempuan yang dilahirkan pada 10 Oktober tahun lalu. Melalui perkahwinan lalu, Jamal dikurniakan dua anak lelaki iaitu Osama Yamani, 18, dan Ahmad Zaki Yamani, 13.

Klik untuk gambar besar



















www.myartis.com / Sumber & foto: Astro Gempak, Instagram Datin Zai Izzati Khairuddin & Osama Yamani


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: