26 January 2020

"KECURANGAN TIDAK BERLAKU & HANYALAH SALAH FAHAM" - PU ABU


Pencetus Ummah (PU) Abu Sufyan menerusi laman Instagram miliknya telah tampil menafikan dakwaan mengenai wujudnya kecurangan dalam rumah tangganya selepas sekeping foto wanita tidak bertudung dikongsikan di Instagram isterinya, Hana Azraa. PU Abu berkata, semua itu hanyalah satu bentuk spekulasi semata-mata sebagai satu cubaan untuk mengaibkan pihak tertentu.





"Saya mengambil maklum berhubung berita yang viral semalam membabitkan diri saya dan isteri saya. Gambar yang tersebar tidak dapat dipastikan sumbernya kerana ia lebih bersifat cuba mengaibkan seseorang. Hakikat yang sebenarnya, hal yang melibatkan kecurangan tidak berlaku dan hanyalah salah faham," jelasnya.

PU Abu berkongsi hal tersebut menerusi satu entri yang dimuatnaik di Instagram miliknya sebentar tadi. Katanya, dia akan menjelaskan situasi sebenar dalam masa terdekat sejurus kembali pulang dari Tanah Suci Makkah.

"Saya kini berada dan bertugas di Makkah dan akan balik ke Malaysia dalam sehari dua ini. Insya-Allah saya akan mengeluarkan kenyataan yang akan menjelaskan situasi sebenar berhubung berita viral tersebut. Harap rakan media boleh bersabar," tulisnya.

Dalam pada itu, Abu juga menjelaskan meskipun terpalit pelbagai kontroversi melibatkan kecurangan sebelum ini, namun dia nekad untuk berubah menjadi seseorang yang lebih baik: "Saya mohon agar pihak media tidak lagi menyiarkan atau membuat susulan berita sehingga saya mengeluarkan kenyataan sebenar (amalkan sikap bertabayyun yakni dapatkan daripada sumber sebenar).

Klik untuk gambar besar


"Berita viral seumpama ini tidak wajar tersiar kerana ia melibatkan maruah dan emosi keluarga banyak pihak (saya dan sebelah keluarga isteri) yang mereka tidak mengetahui latar belakang sepenuhnya isu ini. Kalau MK pun Caprice kata boleh berubah takkan aku tak boleh," katanya.

Terdahulu, Hana difahamkan memuat naik sekeping foto wanita tidak bertudung di Instagram miliknya. Di ruangan kapsyen, individu tersebut dipercayai merupakan kekasih baru suaminya berdasarkan penggunaan hashtag #myhusbandlover. Bagaimanapun, tidak lama kemudian, entri berkenaan dipadam.

Ekoran pendedahan isterinya itu, pelbagai spekulasi timbul termasuklah dakwaan mengatakan wanita tersebut mungkin bekas isteri pertamanya, Ain 'Afini Latif. Sebelum ini, kisah rumah tangga pasangan tersebut pernah mendapat perhatian apabila dilaporkan berantakan.

Pasangan tersebut berkahwin pada Mei lalu dan mereka kini sedang menanti kelahiran anak sulung hasil perkongsian hidup bersama. Menerusi perkahwinan pertamanya dengan Ain, PU Abu dikurniakan seorang bayi lelaki, Muhammad Adam Aysar pada 7 Jun tahun lalu.




www.myartis.com / Sumber & foto: Astro Gempak, mStar & Instagram PU Abu Sufyan


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: