11 January 2020

ISU SUNTIKAN EMOSI DALAM PERSEMBAHAN - INI KATA ALI PUTEH


"Saya ada berbincang dengan anggota Puteh yang lain. Ketika di malam final, saya ada beritahu Mamak kita tekankan dengan elemen komedi dan content dan pada 30 saat terakhir baru kita 'twist'. Maknanya kenduri yang dilakukan ialah untuk apa. Tapi kalau daripada awal, kita sentuh mengenai hal lain. Maknanya kita tidak terapkan ia daripada awal. Kalau kata nak mainkan isu itu daripada awal, lagi menangkap.





"Tapi saya rasa tak perlu, tak adil untuk pertandingan seperti ini. Untuk menang RM500,000 main dengan elemen sebegitu, rasanya tak sesuai," demikian kata Ali ketika ditanya mengenai suntikan emosi yang diberikan Puteh pada penghujung persembahan pusingan kedua pada malam final Maharaja Lawak Mega 2019 (MLM 2019).

Menerusi persembahan 'Kenduri' dibawa Puteh yang turut dianggotai oleh Mamak dan Man Raja Lawak, penonton yang memenuhi tempat duduk di Royal Theatre, Shah Alam, tersentuh apabila ALi turut memberi dedikasi atas pemergian puteri keduanya, Allahyarhm Sharifah Nur Ainul Mardhiah.

"Anak saya meninggal pada minggu kelima pertandingan, tapi saya simpan mengenai hal itu. Bermula dari minggu kelima, saya cakap tolonglah saya tak mahu 'main' langsung atau itu melibatkn arwah. Anak saya meninggal dunia pad Selsa dan Jumaat saya masih teruskan persembahan. Saya tak mahu isu 'kesian'... Saya tak nak langsung sebab kita berada di pentas komedi. Orang hanya mahu ketawa, kalau kita sajikan dengan perkara itu ia ibarat satu benda klise yang menampakkan kita cuba tarik perhatian," jelasnya.

Ali berkata demikian selepas ditanya mengenai apakah reaksi andai ada penerimaan berbeza dari penonton terhadap persembahan yang dibuat. Jelasnya lagi, penekanan terhadap kualiti persembahan terakhir adalah lebih menjurus kepada komedi dan apakah mesej yang ingin disampaikan.

Klik untuk gambar besar


Berkongsi mengenai hal tersebut dengan lebih lanjut, Ali turut akui isterinya tidak diberitahu awal mengenai apakah intipati persembahan yang akan dilakukan pada malam final: "Saya tak ada beritahu apa content yang bakal dibuat, selalunya dia tanya. Cuma di belakang pentas saya cakap, ada suprise tau malam ni.

"Lepas selesai persembahan dia jumpa saya dan saya terus peluk dia. Saya cakap inilah yang saya cuba ketengahkan, InsyaAllah. Dia kata kenapa tak bagitahu, saya cakap kalau beritahu nanti ia tak akan menjadi. Yang tahu hanyalah pihak produksi malah peserta lain pun tak tahu. Kita rehearsal hari Khamis dan Jumaat perfom hari Jumaat," jelasnya.

Terdahulu, kumpulan Puteh dinobatkan sebagai juara MLM 2019 sekaligus mengetepikan empat kumpulan lain. Puteh turut menerima Oppo Punchline Machine, iaitu peserta yang mendapat markah tertinggi daripada pihak juri.

Allahyarham Sharifah Nur Ainul Mardhiah, tiga bulan, meninggal dunia November lalu selepas disahkan menhidap masalah injap jntung terbalik dan jantung berlubang. Ali atau nama penuhnya Syed Ali Mubarak Syed Mohd Ridzuan mempunyai seorang lagi cahaya mata perempuan, Sharifah Nur Aaira Qaireen yang kini mencecah usia tiga tahun.






www.myartis.com / Sumber & foto: Media Hiburan, Instagram Ali Puteh & Astro Gempak


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: