11 January 2020

"I TIDAK PERNAH BUAT KENYATAAN SEBEGINI" - AISHAH


Memberi amaran kepada mna-mana pihak yang menyebarkan kenyataan palsu mengaitkan dirinya dengan dunia politik, penyanyi Aishah, 55, berkata dia tidak pernah mengeluarkan sebarang kenyataan memandangkan dirinya kini tidak lagi aktif dalam arena politik Malaysia.





"Pagi-pagi Jumaat ini, sudah-sudah dan cukup-cukuplah menyebarkan cerita palsu ini. Walaupun I tidak aktif dalam politik lagi tetapi I tidak pernah buat kenyataan sebegini," kata Aishah menerusi Instagramnya pada Jumaat.

Pemilik nama Wan Aishah Wan Ariffin itu memuatnaik paparan skrin kenyataan palsu bahawa dia memohon maaf kerana menghasut rakyat Malaysia memilih parti Pakatan Harapan (PH): "Kepada seluruh rakyat Malaysia, Aishah memohon kemaafan kerana menghasut rakyat supaya memilih Pakatan Harapan. Sesungguhnya Pakatan Harapan sebuah parti yang munafik," tulis kenyataan palsu tersebut.

Dalam pada itu, rata-rata netizen di laman sosial turut berang dengan pihak yang tidak bertanggungjawab menyebarkan fitnah tersebut. Mereka berharap penyanyi lagu 'Janji Manismu' itu bersabar dengan fitnah yang berleluasa pada zaman teknologi kini.

Klik untuk gambar besar


"Dosanya penyebar fitnah. Bayangkan kalau penybar tersebut mati, tapi berita coretannya masih ada di laman sosial, bayangkanlah seksaannya di kubur kelak. Hebat sungguh fitnah zaman siber ini... semoga Kak Aishah kuat dan kami sentiasa sokong," komen beberapa pengikut di Instagramnya.

Menerusi laporan pada 2 Julai 2018, Aishah mengumumkan pengunduran diri daripada bidang politik bagi menumpukan sepenuh perhatiannya terhadap karier nyanyian. Penglibatan Aishah dalam bidang politik apabila dia menjadi ahli PAS dan pernah bertanding kerusi Parlimen Jempol, Negeri Sembilan mewakili parti itu pada Pliha Raya Umum ke-13 (PRU13) 2013.

Selepas itu, Aishah meninggalkan PAS dan menyertai Parti Amanah Negara (PAN) dan giat mempromosikan aktiviti serta ceramah bawah Pakatan Harapan pada PRU14 yang berlangsung pada 9 Mei 2018.






www.myartis.com / Sumber & foto: mStar & Instagram Aishah


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: