09 January 2020

JADI HOS JEMPUTAN MELETOP - PENONTON MAHU ERRA FAZIRA DIKEKALKAN


Ramai yang tertanya siapa agaknya yang bakal menggantikan tempat Noor Neelofa selepas selebriti popular itu mengundurkan diri daripada rancangan MeleTOP mulai tahun 2020 sebagai pengacara rancangan hiburan tersebut. Ada beberapa nama yang disebut bakal bergandingan dengan Nabil iaitu Mira Filzah dan Ain Edruce tetapi belum ada sebarang pengumuman rasmi mengenainya.





Kelmarin pihak MeleTOP membuat kejutan istimewa dengan menampilkan primadona, Erra Fazira sebagai hos jemputan. Kemunculan Erra itu mendapat reaksi yang positif daripada netizen. Rata-rata netizen akui dia mempunyai aura tersendiri yang membuatkan program tersebut lebih menarik. Malah, telatah Erra yang cukup sempoi membuatkan penonton terhibur, gandingan yang sangat sesuai bersama Nabil.

Ramai yang berharap agar Erra dapat dikekalkan sebagai hos pada masa akan datang. Mereka sangat berpuas hati dengan gaya pengacaraannya yang matang, profesional ketika bertanyakan soalan kepada tetamu jemputan dan mampu memikat hati penonton.

Erra memang dikenali dengan sikapnya yang selamba, tetapi pada masa yang sama dia cukup versatil serta profesional dalam kerjanya. Apa pendapat anda, setuju tak kalau Erra dikekalkan sebagai hos MeleTOP?

Klik untuk gambar besar























www.myartis.com / Sumber & foto: Berita Harian & Instagram Instagram Erra Fazira, Nabil Ahmad, MeleTOP, MindOrder Management


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: