09 January 2020

TAJUL BAKAL DEDAH WAJAH PUTERINYA MENERUSI MV HARI INI


Menerusi satu entri yang dimuatnaik di Instagram, penyanyi Tajul Ariff memberitahu bakal mendedahkan wajah puteri sulungnya, Adriana Carissa kepada umum hari ini selepas hampir dua bulan merahsiakan. Menariknya, pendedahan wajah anaknya itu akan dibuat menerusi video muzik lagu terbarunya, 'Ku Sayang Kau Rindu' yang akan dilancarkan pada pukul 6 petang ini.





"Assalamualaikum semua, jangan lupa tau esok temu janji kita. Video muzik Ku Sayang Kau Rindu akan diterbitkan. Kalau korang nak tengok muka @adrianacarissa_ korang kena tengok. Terima kasih," tulis Tajul atau nama penuhnya, Tajul Ariff Noor Md. Shari, 22.

Perkongsian Tajul itu kemudian menerima pelbagai respons dalam kalangan pengikutnya. Rata-rata mereka berasa cukup teruja dan tidak sabar untuk mellihat sendiri wajah anak Tajul itu. Menariknya, Tajul turut menampilkan isterinya, Nurul Shamieza Eddie, 24, dalam video muzik tersebut. Video lirik lagu itu sudah mencecah lebih 156,000 tontonan di Youtube.

Terdahulu, Tajul selamat menimang cahaya mata sulungnya pada 16 November lalu. Tajul mendirikan rumah tangga pada 23 Disember 2017. Bagaimanapun, status perkahwinan tersebut hanya diketahui umum selepas hampir dua tahun merahsiakannya. Dia hanya membuat pengakuan mengenai status dirinya itu pada Oktober lalu ketika isterinya sedang sarat mengandung.

Klik untuk gambar besar







www.myartis.com / Sumber & foto: Astro Gempak & Instagram Tajul Ariff


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: