13 January 2020

KESEMPITAN HIDUP BALQIS TULAR - KAWAN IBU JAWAB TOHMAHAN


Kisah mengenai pelakon cilik, Puteri Balqis mengalami kesempitan hidup sehingga terpaksa mengikat perut dan menjual buku di jalanan itu menjadi tular selepas stesen televisyen memaparkan sedutan temu bual kehidupannya dalam program 'Bersamamu'. Perkara tersebut telah menerima pelbagai tohmahan yang dilemparkan kepada aktres itu.





Agak menyedihkan apabila ada netizen yang mempertikai ibu bapa Puteri Balqis yang kononnya tidak menjaga kebajikan anak mereka sehingga terpaksa mencari wang sendiri demi kelangsungan hidup. Tidak cukup dengan itu, ada juga yang mendakwa Puteri Balqis tidak lagi bersekolah dan menuduh kedua ibu bapanya mengabaikan masa depan kanak-kanak itu.

Terlalu banyak tohmahan dilemparkan sehingga seorang wanita dikenali sebagai Lola tampil mendedahkan perkara sebenar. Lola mendakwa dia merupakan teman rapat kepada ibu kepada Puteri Balqis, berasa kesal kerana ada individu yang sanggup melemparkan kata-kata negatif dan hanya tahu menyalahkan orang lain.

"Ada yang marah-marah kenapa Aqish (panggilan manja Puteri Balqis) tak sekolah? Habis macam mana masa depan dia? Dan macam-macam lagi perkara yang agak kurang sopan untuk ditanya. Maaf saya dan mak Aqish tak reply semua whatsapp tersebut. Sekiranya tak dapat membantu dari segi kewangan dengan membeli buku Aqish sekurang-kurangnya bagi la moral support.

Klik untuk gambar besar


"Sedih sangat. Tahu nak blame je. Tak kurang juga ada yang whatsapp semata-mata nak pertikaikan kenapa as a parents tak jaga kebajikan Aqish," luah Lola menerusi posting di laman sosial Facebook (FB) nya dan turut berkata, sebagai sahabat dia telah cuba yang terbaik untuk membantu keluarga Puteri Balqis.

Tambahan lagi apabila bantuan telah diminta daripada pihak tertentu tetapi tidak dilayan: "Lola sebagai kawan mak Aqish, dah cuba yang terbaik untuk tolong dorang terutama Aqish. Sebelum ni mereka pernah cuba minta bantuan dari beberapa pihak tertentu tapi tidak dilayan.

"Dorang pun segan sebenarnya asyik minta tolong sana sini, dorang pun ada maruah juga. Pernah Lola marah mak Aqish kenapa tak bagitahu tak ada duit nak makan selama beberapa hari sebab segan asyik minta tolong.

"Sampai bulan puasa pun tiada kenikmatan berbuka puasa seperti yang lain sebab tak ada duit nak beli makanan. Bukan kerana mak dia tak nak kerja, tetapi tak nak berkerja dengan keadaan Aqish yang macam tu," katanya.



Kata Lola lagi, ibu Puteri Balqis menghubungi dia selepas terjumpa buku nota pelakon tersebut yang penuh dengan quotes: "Mak Aqish send gambar-gambar quotes tu di whatsapp dan tulisan Aqish sangat sedih dan deep. Dari situ timbul idea untuk membukukannya. Since dorang memang tak ada duit, jadi Lola keluarkan modal untuk dorang, keuntungan memang sepenuhnya untuk dorang," jelasnya.

Menurutnya buku 38 Poems of Puteri Balqis mengambil masa sebulan untuk disiapkan tetapi tidak mendapat sambutan pada awalnya. Bagaimanapun, Puteri Balqis dan ibunya dapat membayar hutang dan beberapa bil penting selepas itu.

"Since kami jual secara Online di IG Aqish @ROCKINGBALQIS dan IG Planner.Ana.Official serta di Shopee, tiada sambutan. Semangat Aqish kembali down. Tapi Alhamdulillah pada bulan pertama jualan, dorang dapat bayar beberapa hutang dan bil penting.

"Ketika saya sedang buat buku Planner 2020, Aqish hantar lagi quotes motivasi dan terhasillah Planner 2020 No Regrets. Aqish beri idea untuk menjual buku dan planner satu set dan mereka kembali bersemangat…Pergi Kuala Lumpur, jual buku tepi jalan," ujarnya.








www.myartis.com / Sumber & foto: Astro Gempak, Facebook Hana Lola Azlan & Instagram Puteri Balqis


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: