13 January 2020

SYAFIE NASWIP MAHU SAMAN - WANITA MOHON MAAF FITNAH


Sebuah video yang memaparkan sekumpulan lelaki didakwa golongan Lesbian Gay Biseksual Transgender (LGBT) sedang berhibur dipercayai di sebuah pusat hiburan menjadi viral di Twitter dan menjadi kecoh semalam. Video tersebut kemudian mengundang pelbagai spekulasi netizen sehingga terdapat seorang pengguna mendakwa melihat kelibat pelakon Syafie Naswip dalam entri berkenaan.





Bagaimanapun, komen yang dilontarkan pemilik @aliaamsyra tersebut kemudian mendapat respons daripada aktor filem 'Mukhsin' itu. Syafie menerusi komen yang dibalas kepada wanita yang dikenali sebagai Aisyah Sakura, 21, itu di Twitter mahu mengambil tindakan undang-undang kerana dianggap memfitnah dirinya.

"Yang mana macam saya? Awak pernah rasa nak disaman dan dimalukan satu Malaysia tak? Kalau nak saya boleh bawa komen awak ini kerana memfitnah saya di media sosial. Saya sudah 'screenshoot' awak punya komen dan link Twitter awak," tulis Syafie.

Syafie kemudian dikatakan berang sebelum bertindak mendedahkan identiti individu berkenaan yang didakwa cuba memfitnah dirinya di Instagram. Bagaimanapun, tidak lama kemudian, individu berkenaan mengemukakan permohonan maaf menerusi satu rakaman video.

Klik untuk gambar besar


Aisyah dalam video itu mengakui kesilapan dan berjanji tidak akan mengulangi perkara sama: "Assalamualaikum, saya Aisyah Sakura berumur 21 tahun. Saya buat video ini untuk meminta maaf kepada Abang Syafie Naswip sebab saya sudah tulis sesuatu yang buatkan Abang Syafie Naswip terasa di laman sosial Twitter.

"Saya ingin betul-betul meminta maaf dan semua itu adalah kesalahan saya. Saya tak berfikir apa yang saya tulis. Apa saya tulis sama sekali tak betul dalam video itu tak ada langsung rupa wajah Abang Syafie Naswip. Saya betul-betul ingin meminta maaf. Saya janji takkan buat lagi," tuturnya.

Sementara itu, Syafie berkata dia menerima permohonaan maaf Aisyah. Dalam pada itu, Syafie turut mengingatkan agar orang ramai mengambil pengajaran daripada apa yang terjadi: "Maafmu diterima adik. Cuma jangan buat lagi. Jadikan pengajaran bukan untuk adik seorang tetapi untuk semua agar berhati-hati ketika menulis di media sosial," kata pelakon filem 'Polis EVO 2' itu.

Tindakan Syafie itu kemudian turut menerima pujian daripada pengikutnya yang menyifatkan dirinya sebagai seorang pemaaf yang patut dijadikan contoh:"Alhamdullilah besar pahala kamu Ayie. Syukur kerana punyai hati yang sejuk dan terima kekurangan orang," komen pengarah Eyra Rahman.










www.myartis.com / Sumber & foto: Astro Gempak, Harian Metro & Instagram Syafie Naswip


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: