13 January 2020

BILA IBU NADIYAH SHAHAB JADI PERHATIAN


Pelakon dan usahawan, Nadiyah Shahab yang sebelum ini berkongsi berita gembira berjaya mengenggam segulung ijazah selepas kira-kira tujuh tahun menuntut ilmu baru-baru ini, telah memuantaik gambar bersama ibunya pula di laman Instagram. Bagaimanapun, foto tersebut telah 'memancing' mata netizen apabila figura si ibu pula yang diperkatakan. Masakan tidak, keduanya dilihat menawan dan ada di antara peminat yang tidak menyangka wanita yang dipeluk isteri kepada Ben Ali itu merupakan ibu tercintanya.





"This one's for my mama bear whom I did this for. The most patient woman I know who supported her daughter through all the different interests she had. One day I was acting and the next day I was selling cakes. And she had to be understanding and supportive despite being so exasperated, wondering when I was gonna complete my studies. Thank you Ma So here’s to strong women! May we know them, may we be them, may we raise them," tulis Nadiyah.

Ramai memuji keduanya dan ada yang menyifatkan si ibu yang kekal awaet muda meski usianya sudah mencecah 54 tahun kelihatan seperti kakak kepada Nadiyah. Sehingga kini, ratusan komen telah ditinggalkan menerusi entri berkenaan dan ada di antaranya turut dibalas pelakon 'Asalkan Kau Bahagia' itu.

Terdahulu mengimbas sukses yang dilakarkan, Nadiyah berjaya memperoleh Ijazah Perundangan dari University of London dan majlis graduasi telah pun selesai minggu lalu. Untuk makluman, Nadiyah yang pernah digelar sebagai 'Barbie Doll Malaysia' atas rupa fizikalnya itu mendirikan rumah tangga bersama Ben Ali pad November 2018.

Klik untuk gambar besar








www.myartis.com / Sumber & foto: Media Hiburan & Instagram nadiyah Shahab


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: