14 January 2020

BILA ALIFF AZIZ TUNJUK 'KEMALUAN' DI TEMPAT AWAM


Hai tak habis-habis dengan sikap pelakon dan penyanyi dari Singapura ni. Jika hujung tahun lalu dia menjadi bualan apabila ditahan polis kerana mengganggu ketenteraman dalam keadaan mabuk, terkini dia dikatakan 'mempamerkan' kemaluannya pula.





Kisahnya menjadi hangat apabila tular satu rakaman video memperlihatkan pelakon itu sedang bertengkar dengan beberapa individu di luar sebuah restoran di Singapura. Turut kedengaran Aliff mengeluarkan kata-kata kesat dan kemudian membuka zip seluarnya untuk menunjukkan kemaluannya.

Tidak cukup dengan itu, video berdurasi 1 minit 30 saat itu turut memaparkan Aliff membaling kerusi ke arah individu berkenaan. Meskipun ada beberapa individu yang bertindak menenangkan Aliff... namun ia seolah tidak diendahkan.

Klik untuk gambar besar


Untuk rekod, pada 2019 Aliff didakwa di mahkamah atas satu pertuduhan iaitu berkelakuan tidak senonoh di tempat awam. Tuduhan itu merupakan tuduhan ketiga terhadap Aliff dimana sebelum ini, Aliff berdepan dengan dua tuduhan mencuri.

Kemudian pada 3 September 2019, Aliff dituduh mencuri wang milik seorang pelakon dan ahli politik Indonesia bernama Raja Yunika Perdhana Putri. Selain itu, dia juga didakwa mencuri sekotak rokok Marlboro serta pemetik api milik seorang lelaki di Starbucks Plaza Singapura. - Sumber: Official_Fidz

TONTON VIDEO: https://youtu.be/FGHpRb7GlZY











         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: