14 January 2020

"BILA ANAK MENINGGAL... KITA TETAP PERGI UMRAH....." ALI PUTEH


Pelawak Ali Puteh memberitahu hajatnya ingin menunaikan umrah selepas kemenangan yang diraihnya di Maharaja Lawak Mega 2019 (MLM 2019) bersama kumpulan Puteh. Diumumkan sebagai juara MLM musim terbaru, Puteh yang dianggotai oleh Ali, Mamak dan Man Raja Lawak berjaya membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah RM500,000 beserta trofi.





"Saya ada cakap dengan isteri, kalau anak kita sihat dan ada rezeki, kita pergi buat umrah. Kemudian bila anak meninggal, saya beritahu isteri kita tetap akan pergi umrah juga, InsyaAllah," kata Ali atau nama sebenarnya Syed Ali Mubarak Mohd Ridzuan ini.

Ali dan isteri kehilangan anak keduanya mereka, Sharifah Nur Ainul Mardhiah, tiga bulan yang meninggal dunia November tahun lalu selepas disahkan menghidap masalah ijap jantung terbalik dan jantung berlubang. Pasangan ini turut mempunyai seorang lagi cahaya mata, Sharifah Nur Aaira Qaireen yang kini mencecah usia tiga tahun.

Bersempena dengan kemenangan yang dilakar, bintang ini ada memberitahu dedikasinya menerusi Instagram, baru-baru ini: "Satu kenangan yg tak kan sy lupakan...segala yg berlaku ade hikmah... Allah beri kedukaan pada sy Dan Allah beri kebahagiaan pada sy... perancangan allah yg sgt hebat... syukur nikmat yg Allah bg pada hambamu ini...".

Klik untuk gambar besar







www.myartis.com / Sumber & foto: Media Hiburan & Instagram Ali Puteh


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: