03 January 2020

MIA AHMAD SAHKAN KINI HAMIL 4 BULAN ANAK KEDUA


Jika sebelum ini hashtag 'Baby Moon In Bali Again' menjadi tanda tanya dikalangan netizen, kini pelakon Mia Ahmad mengesahkan dirinya hamil anak kedua menerusi posting lain dengan meletakkan hashtag '16 Weeks' pula.





Mia ketika ditanya berhubung perkara ini berkata, dia merasakan seperti bermimpi apabila mengetahui dirinya hamil lagi dan meluahkan rasa syukur dengan rezeki yang diberikan. Namun begitu, kata Mia, dia terpaksa menolak beberapa tawaran lakonan.

"Saya disahkan mengandung sekali lagi, manakala Issa bakal menjadi abang pada usia baru mencecah 14 bulan. Saya rasakan kehamilan kali ini seperti mimpi, namun bersyukur diberikan rezeki ini. Doakan saya dan bayi dalam kandungan sihat,” katanya.

Klik untuk gambar besar


Mia berkata, ketika ini, dia terpaksa menolak tawaran berlakon kerana bimbang jika keadaannya menyusahkan pihak produksi: "Pada mulanya, saya berhasrat meneruskan aktiviti lakonan selagi kandungan masih belum kelihatan. Namun, selepas difikirkan kembali, saya buat keputusan menolak sahaja tawaran itu.

"Tidak mengapalah, anak juga rezeki. Insya-Allah, masih ada lagi peluang untuk saya teruskan minat selepas ini. Saya boleh sambung berlakon bila-bila masa sahaja. Mungkin selepas selamat melahirkan anak kedua nanti, saya akan pertimbangkan tawaran untuk kembali ke lokasi penggambaran," katanya.

Mia atau nama sebenarnya Samihah Ahmad Baderi, 31, yang mendirikan rumah tangga dengan penjaga gol pasukan bola sepak Johor Darul Takzim (JDT), Mohd Izham Tarmizi Roslan, sebelum ini dikurniakan cahaya mata lelaki, Sayf Issa, 14 bulan.






www.myartis.com / Sumber & foto: Berita Harian, Instagram Mia Ahmad, Mohd Izham Tarmizi Roslan & Sayf Issa


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: