07 January 2020

NORA TUNAI UMRAH HARI INI: "HARAP PERJALANAN INI PERMULAAN HIDUP BARU..."


"Bismillahirahmanirahim. Hari ini saya akan mengerjakan umrah. Doakan perjalanan dan ibadah saya lancar dan dipermudahkan. Di sebalik segala suka duka ujian Allah yang saya lalui, harap perjalanan ini permulaan hidup baru yang baik buat saya.





"Minta maaf buat semua. Saya juga sudah memaafkan semua kerana Allah. Hanya kepada Allah kita berserah," demikian tulis penyanyi Nora Ariffin atau nama sebenarnya Wan Norafizah Ariffin, 47, yang memberitahu dia akan berangkat ke Tanah Suci Makkah bagi mengerjakan ibadah umrah hari ini, menerusi satu entri yang dimuat naik di Instagram miliknya awal pagi tadi.

Pada masa sama, Nora turut meluahkan rasa rindunya kepada dua insan yang tersayang yang sudah pergi meninggalkannya: "Alfatihah buat dua insan tersayang. Johan Nawawi dan Muhammad Syakir Alif. #mamarindualif #adadalamtiadabynira," luahnya.

Terdahulu, Nora berdepan episod duka apabila anak keduanya, Muhammad Syakir Alif menghembuskan nafas terakhir pada 14 Disember lalu pada usia 20 tahun. Pemergian anaknya secara mengejut itu berlaku selepas dua tahun kematian suaminya, komposer Johan Nawawi pada 24 Mac 2017.

Klik untuk gambar besar



www.myartis.com / Sumber & foto: Astro Gempak & Instagram Nora Ariffin


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: