07 January 2020

MESRA LAGA PIPI, EYKA FARHANA & AKHYAR RASHID (JDT) SEDANG BERCINTA?


Semua pasti mengenali pemain bola sepak Johor Darul Ta'zim (JDT), Akhyar Rashid yang cukup popular dan menjadi kegilaan para gadis. Kini, Akhyar dikatakan sedang hangat bercinta dengan pelakon Eyka Farhana selepas foto percutian mereka tersebar baru-baru ini. Paling terkini, aksi mesra Eyka dan Akhyar 'berlaga' pipi mengundang pelbagai spekulasi.





Malah, kedua-duanya juga turut memuatnaik foto 'selfie' bersama di Insta Story dan ia seolah-olah memberikan gambaran mereka sedang bercinta. Foto percutian mereka yang viral sebelum ini. Jika dilihat, Eyka agak intim dan tidak kekok apabila duduk rapat dengan Akhyar. Mereka sangat selesa bersama.

Gosip percintaan mereka berdua mendapat perhatian ramai. Rata-rata netizen mengaitkan hubungan cinta Akhyar dengan kerjayanya. Sepatutnya sebagai pemain bola sepak yang baru meningkat naik, Akhyar harus memberikan seratus peratus komitmen terhadap latihan bola sepak agar prestasinya tidak merundum.

Meskipun pelbagai spekulasi tercetus, kedua-duanya masih belum memberi sebarang kenyataan mengenai status hubungan mereka. Namun, kalau sudah intim dan mesra bersama, tentu ada apa-apa kan? Takkanlah hanya teman tapi mesra?

Klik untukgambar besar







www.myartis.com / Sumber & foto: Beautifulnara


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: